PN umum senarai ahli Parlimen pegang portfolio kementerian

February 2, 2023 · Politik

Perikatan Nasional (PN) hari ini mengumumkan barisan ahli Parlimen yang akan menyelaraskan pengurusan parti itu sebagai pembangkang di Parlimen, bagi semua kementerian yang diwujudkan kerajaan PH-BN.

Barisan itu diumumkan Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas Pemukiman Ahli Parlimen PN berakhir, hari ini (2 Februari 2023).

PN katanya bersetuju dengan cadangan Sekretariat Ahli Parlimen PN diwujudkan Jawatankuasa Portfolio Ahli Parlimen yang akan mengawasi kementerian yang ditubuhkan.

“Jawatankuasa Portfolio pembangkang ini diberikan kepada Ahli Parlimen kita (PN) yang ada kemahiran dan pengalaman dalam kerajaan serta latar belakang yang lalu dalam bidang masing-masing,” katanya pada sidang media selepas penutupan pemukiman itu.

Mereka yang disenaraikan ialah:

  • Tan Sri Muhyiddin Yassin – Ketua Ahli Parlimen;
  • Tan Sri Abdul Hadi Awang – Timbalan Ketua Ahli Parlimen;
  • Datuk Seri Hamzah Zainudin – Ketua Pembangkang;
  • Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man – Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim;
  • Datuk Seri Dr Ronald Kiandee – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan;
  • Datuk Idris Ahmad -Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama);
  • Datuk Dr Radzi Jidin (Kementerian Kewangan dan Kementerian Ekonomi);
  • Datuk Seri Takiyuddin Hassan (Kementerian Dalam Negeri);
  • Datuk Seri Saifuddin Abdullah – Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Tinggi;
  • Datuk Seri Shahidan Kassim – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah;
  • Ahmad Fadhli Shaari – Kementerian Belia dan Sukan;
  • Wan Ahmad Fayshal Wan AHmad Kamal – Kementerian Luar Negeri;
  • Datuk Mas Ermieyati Samsudin – Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi);
  • Datuk Rosol Wahid – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup;
  • Datuk Ali Biju – Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas);
  • Datuk Muslimin Yahaya – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi;
  • Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat;
  • Datuk Seri Ismail Abd Mutalib – Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan;
  • Datuk Mohd Suhaimi Abdullah – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya;
  • Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz – Kementerian Pertahanan;
  • Datuk Awang Hashim – Kementerian Sumber Manusia;
  • Datuk ahmad Amzad Mohamed @Hashim – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi;
  • Datuk Wan Saiful Wan Jan – Kementerian Komunikasi dan Digital;
  • Datuk Che Mohamad Zulkifli jusoh – Kementerian Kerja Raya;
  • Halimah Ali – Kementerian Perpaduan Negara;
  • Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail – Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri;
  • Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi – Kementerian Kesihatan;
  • Datuk Azman Nasrudin – Kementerian Perlandangan dan Komoditi; dan
  • Khairil Nizam Khirudin – Kementerian Pengangkutan.

Mengulas lanjut, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh berkata langkah menyenaraikan portfolio itu bagi membolehkan rakyat melihat bahawa ahli Parlimen PN juga mempunyai kepakaran dalam semua bidang.

“Ia juga membolehkan rakyat melihat bahawa kita (PN) telah bersedia untuk memikul amanah yang lebih besar jika rakyat memberikan PN mandat mentadbir negara,” katanya lagi.

Berita berkaitan
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024· Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
PM bukan Melayu, UMNO akan terpaksa ikut tuntutan DAP: Muhyiddin
December 16, 2023· Politik
Popular
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
PAS faham dan jaga semua kaum: Muhyiddin
March 5, 2022
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok