Sabah catat peningkatan mangsa banjir, Johor turun

February 1, 2023 · Isu semasa

Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah menunjukkan peningkatan, manakala di Johor berkurangan setakat petang ini.

Laporan terkini keadaan banjir di Sabah dan Johor.

Di SABAH, jumlah mangsa banjir pada petang ini meningkat dengan 627 orang daripada 188 keluarga dipindahkan ke 13 PPS di tiga daerah, berbanding 599 orang daripada 183 keluarga pagi tadi, menurut laporan Bernama.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan daerah Telupid mencatat jumlah mangsa tertinggi iaitu 454 orang daripada 130 keluarga, diikuti Paitan 128 orang daripada 46 keluarga serta Lahad Datu melibatkan 45 orang daripada 12 keluarga.

Menurut kenyataan itu mangsa banjir di Telupid dan Paitan dijangka terus meningkat, manakala Lahad Datu kekal.
Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam kenyataan berasingan pula memaklumkan 112 orang daripada 19 keluarga terperangkap di Kampung Mempulut, Keningau pagi tadi akibat banjir.

“Pasukan bomba bersama agensi lain bertindak mengeluarkan dan memindahkan mangsa yang terlibat. Mangsa kemudian dihantar ke PPS yang telah dibuka dan rumah saudara terdekat. Operasi ditamatkan pada 10 pagi tadi,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, Jabatan Kerja Raya Sabah dalam kenyataan memberitahu Jalan Randagong Himbaan di Ranau tidak boleh dilalui semua jenis kenderaan akibat banjir lumpur, justeru orang ramai diminta menggunakan jalan alternatif di Jalan Tenompok Bundu Tuhan.

“Kejadian berpunca daripada hujan lebat berterusan dan kerja-kerja pembersihan jalan sedang giat dlaksanakan,” menurut kenyataan itu.

Di JOHOR, kesemua PPS di Mersing ditutup menjadikan tinggal tiga daerah sahaja terjejas akibat banjir ketika ini.

JPBN Johor dalam kenyataan memaklumkan jumlah mangsa banjir menurun kepada 1,106 orang setakat 2 petang ini berbanding 1,381 orang pagi
tadi.

Menurut kenyataan itu, 12 PPS masih beroperasi dengan Batu Pahat mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 919 orang, diikuti Kota Tinggi (97) dan Segamat (90).

Kulai, Kota Tinggi dan Kluang mengalami hujan ketika ini, manakala tujuh daerah lain dilaporkan cerah.

Dalam pada itu, paras Sungai Bekok di Batu Pahat merekodkan tahap bahaya dengan bacaan 18.71 meter.

Berita berkaitan
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Popular
Isu tukar agama bawah kuasa Mahkamah Syariah, bukan sivil
July 12, 2022
Pemanis tiruan berbahaya?
October 25, 2021
Semua pihak perlu peka isu buli
November 6, 2021
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok