Dalam wawancara media antarabangsa, Anwar disoal berhubung isu kes rasuah Zahid

February 1, 2023 · Politik

Isu kes rasuah Timbalan Perdana Menteri (TPM) yang dibicarakan di mahkamah antara menjadi soalan utama media antarabangsa terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Media antarabangsa, Bloomberg dalam wawancara dengan Perdana Menteri (PM) banyak menyoal berhubung kes mahkamah dihadapi timbalannya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kerana masih dilantik Anwar walaupun sebelum ini banyak bercakap berhubung isu melawan rasuah dan integriti.

Merujuk kepada gesaan tegas menentang rasuah, perdana menteri ditanya bagaimana dia mempunyai timbalan perdana menteri yang menghadapi 47 pertuduhan rasuah.

Dalam wawancara itu, Anwar yang diketahui umum mendapat sokongan Zahid untuk menjadi PM berkata banyak pemimpin lain yang terlibat dalam rasuah dan salahguna kuasa, bukan hanya Presiden UMNO itu sahaja.

“Dia (Zahid) telah disiasat dan didakwa – sedang menjalani perbicaraan dan mahkamah harus membuat keputusan secara bebas. Saya menyatakan dengan sangat jelas bahawa mahkamah adalah bebas dan saya tidak fikir saya harus menghakimi terlebih dulu (daripada mahkamah).

“Tetapi ia tidak sepatutnya hanya bersifat politik semata-mata. Mengapa merujuk kepadanya (Zahid) secara peribadi sedangkan saya telah mengatakan bahawa sistem itu yang korup?

“Terdapat begitu ramai pemimpin politik lain yang telah menyalahgunakan jawatan mereka; bekas perdana menteri, bekas menteri kewangan, mencecah ratusan dan jutaan dolar,” katanya dalam laporan Malaysiakini yang memetik kenyataan Anwar dalam wawancara dengan Bloomberg.

Mengenai apa yang akan berlaku jika Zahid disabitkan kesalahan dan dipenjarakan, Anwar memilih untuk bercakap tentang bagaimana keadaan telah berubah.

“Mari kita bergerak ke hadapan. Kita perlu bekerja dari hari pertama, untuk memastikan sistem yang kita ada mempunyai tadbir urus yang baik, dan sistem itu bebas daripada pemimpin yang korup. Dan saya fikir untuk bersikap adil, mereka telah mematuhi peraturan ini sekarang.

“Tiada satu kesan yang saya dapati daripada mana-mana pasukan saya kini cuba membazir melalui kontrak atau projek dan saya puas hati dengan itu. Orang harus menilai saya bermula dua bulan lalu,” tambahnya lagi.

Untuk rekod, Zahid membawa UMNO menyokong Anwar walaupun ketetapan parti sebelum ini mempunyai berpendirian berbeza.

Umum juga mengetahui, Anwar juga merupakan cikgu kepada Zahid, ia selepas tular rakaman audio perbualan sebelum ini.

 

Berita berkaitan
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
1 jam lalu· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
1 jam lalu· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Calon PKR Sg Buloh yang juga bekas bendahari agung MIC pernah ada kes mahkamah
November 3, 2022
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok