Surat penggantungan tak beri sebab tindakan diambil: Hishammuddin

January 31, 2023 · Politik

Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang digantung memberitahu tiada alasan dan sebab tindakan diambil terhadapnya diberikan dari parti itu.

Hishammuddin mendedahkan sudah menerima surat rasmi penggantungan hari ini yang dihantar Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan tetapi tiada alasan dan sebab diberikan berhubung keputusan tersebut.

“Baru sahaja menerima surat rasmi bertarikh semalam berhubung penggantungan keahlian UMNO saya. Tiada sebab penggantungan dinyatakan,” katanya di Facebook.

“Adalah dimaklumkan bahawa mesyuarat MKT pada 27 Jan 2023 telah memutuskan bahawa YB (Hishammuddin) digantung hak-hak keahlian dalam parti bawah Fasal 10.6 dibaca bersama Fasal 5.9 Perlembagaan UMNO kerana tindakan YB melanggar Fasal 20.9 Perlembagaan UMNO,” kata Ahmad menerusi surat rasmi kepada Hishammuddin.

Jumaat lalu, UMNO mengumumkan pemecatan bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar dan Khairy Jamaluddin Abu Bakar, yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO, kerana dakwaan melanggar disiplin parti mengikut perlembagaan.

Hishammuddin digantung bersama bekas Ketua Penerangan UMNO Shahril Sufian Hamdan, Datuk Maulizan Bujang dan Datuk Seri Mohd Salim Sharif sebagai ahli parti.

Seramai 42 ahli lain turut dipecat atas dakwaan kesalahan seperti menjadi calon Bebas, calon parti bukan Barisan Nasional dan membantu parti pesaing pada Pilihan Raya Umum Ke-15 lalu.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Puad Zarkashi pemimpin ‘tua’ panas baran wajar diganti, kata Tun Faisal
December 25, 2022
Dulu dihantui DNA Saiful, kini PMX dihantui DNAA Zahid: Hishammuddin Rais
September 22, 2023
Isham koyak, Annuar tak sebut individu dia pula terasa pedas
April 25, 2022
Mat Sabu sudah tak tahan dikecam selepas bersama UMNO: Tuan Ibrahim
May 10, 2023
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok