Apa beza keluarga Anwar dengan Trump? soal Wan Fayhsal

January 30, 2023 · Politik

Kritikan terhadap Perdana Menteri kerajaan campuran Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung lantikan anak perempuannya, Nurul Izzah masih tidak berhenti dan berterusan walaupun sudah memberi alasan tiada elaun yang dibayar bagi memegang jawatan tersebut.

Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal mempersoalkan lantikan Nurul Izzah dan adakah itu makna reformasi yang selama ini dilaungkan oleh Anwar selama ini, malah janji sebelum ini berhubung pemisahan jawatan Perdana Menteri dengan Menteri Kewangan juga dilanggar.

“Anak beranak jaga kantung perbendaharaan negara. Inikah reformasi yang dicanang selama ini? Bukankah Nurul Izzah bercakap di World Economic Forum 2017 janji Pakatan Harapan ialah pisahkan peranan dan jawatan Menteri Kewangan daripada Perdana Menteri?

“Ini bukan sekadar langgar janji tapi terus khianat agenda Reformasi yang kamu laungkan saban tahun,” katanya dalam satu hantaran Facebook.

Wan Fayhsal juga mempertikaikan adakah lantikan tersebut merupakan satu urus tadbir yang baik dan boleh menjamin ketelusan dalam pentadbiran kerajaan campuran.

“Tell me is this a good governance? Apa jaminan skandal 1MDB takkan berulang dengan peranan yang tidak dipisahkan sebegini? Apa kata Abang Mat (Mohamad) Sabu kita?” katanya lagi.

Beliau juga bertanya apakah perbezaan keluarga Anwar dengan keluarga bekas presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang melantik anak perempuannya yang juga ahli perniagaan, Ivanka Trump sebagai penasihatnya pada 2017 hingga mendapat kecaman orang ramai.

“Apa beza keluarga Anwar dengan keluarga Trump?

“Adakah ini makna dan prinsip pentadbiran Madani yang nak dibangunkan untuk bawa Malaysia menjadi maju? Pakat-pakat nilai,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Anwar mempertahankan pelantikan itu dengan berkata Nurul Izzah tidak mendapat sebarang elaun dan anaknya itu juga mempunyai ijazah pertama dalam bidang kejuruteraan dan ijazah kedua dalam dasar awam dan sosial dari Universiti Johns Hopkins, Amerika Syarikat.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Barang bernilai rendah diimport kena cukai jualan 10 peratus mulai 1 Jan 2024
December 16, 2023· Isu semasa
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Zahid sanggup redah banjir juga? Mahu PRU-15 diadakan tahun ini
September 28, 2022
PRK Kemaman buka tirai hari ini dengan penamaan calon
November 18, 2023
Lapan ADUN UMNO Perak khianati Melayu, Islam demi diri, kuasa?
November 21, 2022
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok