Kes berprofil tinggi dikendalikan Sri Ram yang terkenal

January 29, 2023 · Isu semasa

Laporan Bernama

Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram memang dikenali ramai kerana pernah memberikan penghakiman penting lagi secara lisan dalam kes-kes besar yang berkaitan dengan perlembagaan, undang-undang am, undang-undang kontrak dan undang-undang industri.

Detik cemerlang Sri Ram, 79, muncul pada tahun 1994 apabila mendiang menjadi peguam pertama dari firma guaman swasta dilantik terus ke Mahkamah Rayuan yang baru ditubuhkan pada tahun berkenaan, dan mendiang tidak pernah berkhidmat sebagai pesuruhjaya kehakiman atau Hakim Mahkamah Tinggi.

Mendiang merupakan Hakim Mahkamah Rayuan selama 15 tahun sebelum bersara, dan sepanjang perjalanannya sebagai hakim, beberapa penghakimannya terus menarik perhatian ramai, dan menjadi tajuk perbincangan utama dalam bidang perundangan negara.

Pada 12 Julai 2007 Sri Ram yang merupakan hakim Mahkamah Rayuan, dalam penghakimannya berhubung kes melibatkan remaja berumur 17 tahun yang didakwa membunuh anak perempuan guru tuisyen, memutuskan bahawa penahannya mengikut perkenan Yang di-Pertuan Agong adalah bertentangan dengan perlembagaan.

Kes itu mengundang pandangan yang pelbagai oleh banyak pihak, apabila Sri Ram memutuskan bahawa Seksyen 92 (2) Akta Kanak-kanak 2001 adalah bertentangan dengan perlembagaan kerana ia memberi kuasa kepada pihak eksekutif untuk menjatuhkan hukuman kepada seorang kanak-kanak yang disabit dengan kesalahan membunuh.

Beliau berkata ia bertentangan dengan doktrin perasingan kuasa yang termaktub dalam perlembagaan negara.

Sri Ram memutuskan bahawa mahkamah mesti mempunyai kuasa eksklusif untuk menetapkan bahawa seseorang didapati bersalah membunuh dan kemudian menjatuhkan hukuman; dan ia tidak boleh hanya mensabitkan seseorang semata-mata tetapi menyerahkan tanggungjawab menjatuhkan hukuman kepada raja, pemerintah atau gabenor yang bertindak atas nasihat pihak eksekutif.

Pada 17 April 2009, Sri Ram juga membuat keputusan penting apabila membenarkan permohonan bekas jurulatih olahraga negara C. Ramanathan untuk menyemak keputusan awal Mahkamah Rayuan bertarikh 11 Julai 2008.

Beliau memutuskan bahawa Mahkamah Rayuan mempunyai bidang kuasa untuk menyemak rayuan, yang telah pun ditentukan, bagi mengelak dan membetulkan ketidakadilan terhadap satu pihak tertentu.

Beliau mengetepikan perintah Mahkamah Rayuan sebelum ini yang mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen yang mensabitkan Ramanathan dan menjatuhkan hukuman penjara empat tahun kerana mencabul dua atlet wanita bawah umur pada 1992.

Pada 19 Jan 2010, Sri Ram turut membuat keputusan dalam pertikaian undang-undang antara Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan 354 peneroka Felda Kemahang di Tanah Merah, Kelantan berhubung pembayaran bagi buah kelapa sawit.

Dalam kes itu, Mahkamah Persekutuan yang terdiri daripada Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi, Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin dan Sri Ram, menolak permohonan Felda untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Baharu yang memerintahkan agensi itu membayar ganti rugi dan faedah RM7.8 juta kepada peneroka.

Selepas bersara pada tahun 2010, Sri Ram telah meneruskan kariernya sebagai peguam.

Sri Ram juga pernah mewakili perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam beberapa kes mahkamah sebelum ini.

Beliau juga bertindak sebagai peguam kepada R. Kengadharan berhubung rayuannya bagi mencabar pengenaan levi pelepasan ke atas rakyat Malaysia yang melancong ke luar negara di Mahkamah Rayuan, dan rayuan Dr Syed Iskandar Syed Jaafar Al Mahdzar untuk mencabar pembubaran Parlimen.

Selain itu, Sri Ram turut mengetuai pasukan pembelaan dalam rayuan seorang kerani Sam Ke Ting terhadap sabitan dan hukuman penjara atas kesalahan memandu secara melulu yang menyebabkan kematian lapan remaja yang menunggang basikal diubah suai, yang biasa dikenali sebagai basikal lajak, di Mahkamah Rayuan.

Sri Ram juga dilantik sebagai ketua pasukan pendakwaan oleh Jabatan Peguam Negara dalam kes berprofil tinggi melibatkan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, berhubung kes rasuah 1Malaysia Development Berhad (1MDB), serta kes meminda laporan audit melibatkan Najib dan bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy.

Beliau juga merupakan mengetuai pasukan oendakwaan dalam perbicaraan rasuah isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, melibatkan projek hibrid solar untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak, dan pengubahan wang haram.

Sri Ram meninggal dunia hari ini pada usia 79 tahun di sebuah hospital swasta di sini. Sri Ram telah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) sebuah hospital swasta di sini minggu lepas kerana jangkitan paru-paru.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Adibah Noor meninggal dunia, Muhyiddin ucap takziah kepada keluarga
June 19, 2022
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Isu tukar agama bawah kuasa Mahkamah Syariah, bukan sivil
July 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok