Hasni rasa dipecat kerana sokong idea jawatan tertinggi dipertandingkan

January 28, 2023 · Politik

Datuk Seri Hasni Mohamad tidak menolak pemecatannya berpunca kerana menyokong idea jawatan tertinggi UMNO dipertandingkan pada pemilihan parti.

Hasni yang dipecat sebagai Pengerusi UMNO Johor berkata pemecatannya itu dibuat walaupun hakikatnya sudah melakukan yang terbaik bagi memastikan parti itu kuat, malah berjaya membawa kemenangan besar semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu.

“Saya sedaya upaya memberikan yang terbaik sejak menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor pada 2018 dan mengetuai PRN Johor tahun lalu sehingga memenangi 40 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Saya juga sudah melakukan yang terbaik pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) dengan memastikan kehadiran semua perwakilan daripada 26 Bahagian UMNO di Johor serta menjaga kebajikan mereka.

“Saya rasa, hanya kerana saya menyokong idea supaya jawatan tertinggi parti dipertandingkan, mereka merasakan bahawa saya menentang kehendak parti,” katanya dipetik laporan BH.

Ahli Parlimen Simpang Renggam itu juga mempersoalkan sama langkah menggantikannya dengan Datuk Seri Khaled Nordin tersebut itu mempunyai agenda lain untuk mempertahankan individu tertentu dalam parti.

“Saya hanya ingin mengatakan bahawa kita sebagai Badan Perhubungan Negeri boleh mengenengahkan tokoh-tokoh di peringkat negeri, oleh itu, jika dengan menerajui UMNO Johor boleh menguatkan kedudukan beliau (Mohamed Khaled) di peringkat pusat, maka kita sokong,

“Tetapi, jika kedudukan itu hanya semata-mata pendekatan untuk mempertahankan orang-orang tertentu, saya percaya beliau akan menghadapi kesukaran untuk berbuat demikian,” tegasnya lagi.

Keputusan menggugurkan Hasni daripada jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor sebelum digantikan dengan Khaled dibuat pada Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) yang dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, malam tadi.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Popular
Pembebasan Zahid dalam kes rasuah, PAS gesa hormati keputusan mahkamah
September 23, 2022
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Tak wajar rundingan sulit Zahid-Anwar jika benar berlaku: Shahidan
October 17, 2022
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok