RoS masih boleh muktamadkan usul dua jawatan tak dipertandingkan: Ismail Sabri

January 19, 2023 · Politik

Walaupun UMNO sudah meluluskan usul dua jawatan tertinggi tidak dipertandingkan, namun keputusan tersebut masih belum muktamad.

Naib Presiden UMNO itu berkata keputusan yang diputuskan semasa Perhimpunan Agung UMNO (PAU) belum muktamad jika ada pihak mencabar pendirian tersebut, malah Pendaftar Pertubuhan (RoS) masih boleh menentukan sama ada ia sah atau tidak.

“Itu adalah seperti dipersetujui ketika PAU, (jawatan) Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan namun keputusan muktamad masih boleh ditentukan pihak Pendaftar Pertubuhan (ROS),” katanya dipetik laporan media hari ini.

Dalam pada itu, Ismail sabri mengesahkan akan mempertahankan jawatan Ketua Bahagian Bera tetapi setakat ini belum memutuskan sama ada akan mempertahankan jawatan Naib Presiden UMNO yang disandangnya ketika ini.

“Yang pasti saya akan pertahankan (jawatan) Ketua UMNO Bahagian Bera, (untuk jawatan Naib Presiden) masih awal lagi.

“Tak tahu lagi, saya kena bincang dengan orang Bera dulu. MT (Majlis Tertinggi) belum putuskan bila pemilihan di peringkat cawangan Bahagian dan sebagainya, tunggulah,” katanya lagi.

Terdahulu, Ismail Sabri mempertikai keputusan UMNO yang memuktamadkan tiada pertandingan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tetapi bagi jawatan lain dalam parti perlu dipertandingkan, ia termasuk Naib Presiden, Ketua Wanita, Ketua Pemuda dan Puteri.

“Kalau betul-betul tak nak perpecahan dalam parti tak payah ada pemilihan ketua bahagian, pemilihan di peringkat akar umbi. Sebab jika ada pemilihan berpecah juga, kenapa dua sahaja, kenapa naib presiden kena bertanding, nanti akan ada cakap berlaku perpecahan, ketua Pemuda kenapa bertanding, tak payah tanding lah.

“Kalau nak parti kita kuat, bukan hanya kita dalam UMNO tapi rakyat perlu kita tarik bersama, kita yang nak tengok perubahan dalam parti.

“Malah kita bercakap soal nak menang PRU, adakah tawaran baru kita kepada rakyat dalam UMNO sudah mati?” katanya sebelum ini selepas PAU.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Tak wajar rundingan sulit Zahid-Anwar jika benar berlaku: Shahidan
October 17, 2022
Konspirasi Zahid-Anwar sejak 1998, rancang gulingkan Dr M dan kini mahu singkir Muhyiddin
August 9, 2021
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok