UMNO hebat, kalah PRU-15 pun masih dalam kerajaan: Perwakilan Kedah

January 14, 2023 · Politik

Seorang perwakilan Kedah menyifatkan UMNO sebagai sebuah parti hebat kerana masih berada dalam kerajaan walaupun kalah teruk selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.

Wakil UMNO Kedah, Nor Saidi Nayan berkata tidak boleh dinafikan parti itu adalah keramat kerana mana-mana kerajaan pun ditubuhkan mereka masih diperlukan untuk bersama kerajaan tersebut, ia termasuk Pakatan Harapan (PH) dan DAP.

“UMNO benar-benar sebuah parti keramat, kalau menang sudah tentu jadi kerajaan, itu biasa, tetapi kalau kalah pun tetap jadi sebahagian daripada kerajaan.

“UMNO kedah mengambil peluang menzahirkan ucapan tahniah kepada Datuk Seri Ahmad Zahid di atas kejayaan meletakkan UMNO sebahagian daripada kerajaan dan UMNO kekal relevan sehingga hari ini,” katanya ketika membahaskan ucapan dasar Presiden.

Beliau menyampaikan perbahasan itu secara tertutup pada persidangan hari pertama Perhimpunan Agung UMNO 2022 semalam.

Untuk rekod, UMNO-Barisan Nasional (BN) hanya berjaya memenangi 30 kerusi Parlimen pada PRU-15 lalu dan tidak mempunyai cukup majoriti untuk membentuk kerajaan secara solo.

Namun, Zahid mengambil keputusan melanggar ketetapan UMNO ‘No Anwar, No DAP’ sebelum ini untuk meneruskan kerjasama dengan PH dan melantik cikgunya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri KE-10.

Selepas UMNO menyertai kerajaan PH-DAP, Zahid juga diberikan jawatan Timbalan Perdana Menteri dan beberapa MP UMNO juga diberikan jawatan dalam Kabinet kerajaan campuran PH-BN.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024
PAS faham dan jaga semua kaum: Muhyiddin
March 5, 2022
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok