Kemelut politik Sabah bukti UMNO tak pernah berubah, kata Wan Saiful

January 10, 2023 · Politik

Datuk Wan Saiful Wan Jan menyifatkan kemelut politik yang berlaku di Sabah menunjukkan UMNO sebenarnya tidak pernah berubah dengan masih mahu berebut kuasa demi kepentingan peribadi.

Ketua Penerangan Bersatu itu berkata tindakan menarik sokongan terhadap kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) itu mengulangi insiden sama yang dilakukan UMNO terhadap mantan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Saya rasa ini adalah realiti sikap UMNO (pemimpinnya). Kita kena ingat semasa Tan Sri Muhyiddin Yassin dulu siapa yang buat kacau (tarik sokongan) kalau bukan UMNO.

“Di Sabah ketika ini, siapa yang tarik sokongan kalau bukan UMNO. Inilah realiti UMNO yang tidak menghormati perjanjian, rakus dalam merebut kuasa, namun kita harap penyelesaian terbaik akan dicapai,” katanya dipetik laporan BH hari ini.

Kemelut politik Sabah bergolak selepas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Datuk Seri Bung Moktar Radin membawa parti itu menarik sokongan terhadap kerajaan GRS dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor pada Jumaat lalu.

Bagaimanapun, Langkah Kinabalu itu dilihat pincang dn gagal apabila lima ADUN UMNO dan tujuh ADUN Pakatan Harapan (PH) kekal memberi sokongan kepada Hajiji.

Dalam perkembangan lain, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam mengadakan pertemuan dengan Hajiji dan juga Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Selepas pertemuan tersebut, Anwar menyatakan sokongan merestui agar Hajiji terus memimpin kerajaan negeri Sabah.

Sebelum ini juga, Zahid mengetuai beberapa Ahli Parlimen UMNO-Barisan Nasional (BN) menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) dipimpin Muhyiddin sehingga terpaksa meletak jawatan kemudiaannya.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Puad Zarkashi pemimpin ‘tua’ panas baran wajar diganti, kata Tun Faisal
December 25, 2022
Dulu dihantui DNA Saiful, kini PMX dihantui DNAA Zahid: Hishammuddin Rais
September 22, 2023
Isham koyak, Annuar tak sebut individu dia pula terasa pedas
April 25, 2022
Mat Sabu sudah tak tahan dikecam selepas bersama UMNO: Tuan Ibrahim
May 10, 2023
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok