PM sahkan belum terima jemputan ke perhimpunan agung parti anak murid

January 7, 2023 · Politik

UMNO masih membuat jemputan rasmi kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Perhimpunan Agungnya minggu depan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri mengesahkan setakat ini belum menerima sebarang jemputan daripada parti diterajui anak muridnya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan jika terdapat jemputan ia mungkin suatu perkara yang lain.

“Dalam politik, tidak boleh (membuat ulasan) atas perkara seandainya, sekiranya …’what if’ tiada if..if hanya dalam puisi.

“Belum ada jemputan… tidak payah buat apa-apa… ini parti UMNO, saya PKR,” katanya dipetik laporan BH.

Anwar terdahulu menghadiri mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) di ibu pejabat PKR hari ini.

Rabu lalu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata jemputan kepada Perdana Menteri dan parti dalam Kerajaan Perpaduan bagi menghadiri Perhimpunan Agung UMNO dibincangkan pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MKT) UMNO.

Namun, sehingga kini, tidak dimaklumkan sama ada MT UMNO setuju menjemput atau tidak Perdana Menteri dan parti dalam Kerajaan Perpaduan, termasuk PKR dan DAP.

Untuk rekod, UMNO kini menjadi sebahagian dalam kerajaan selepas kerjasama dengan PH dan DAP untuk membentuk kerajaan campuran.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Konspirasi Zahid-Anwar sejak 1998, rancang gulingkan Dr M dan kini mahu singkir Muhyiddin
August 9, 2021
Tak wajar rundingan sulit Zahid-Anwar jika benar berlaku: Shahidan
October 17, 2022
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok