MB Terengganu umum bantuan tunai dan baiki rumah mangsa banjir

December 23, 2022 · Isu semasa

Bantuan wang tunai akan disalurkan kepada mangsa banjir yang terjejas di Terengganu baru-baru ini, umum Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Menteri Besar Terengganu berkata mangsa banjir akan menerima bantuan RM1,000 dan RM10,000 pula akan disalurkan kepada keluarga mangsa banjir yang berdepan bencana tersebut bagi meringan beban mereka.

“Untuk meringankan bebanan yang dihadapi mereka, kerajaan negeri akan menyalurkan bantuan khas tunai sebanyak RM1,000 kepada setiap Ketua Isi Rumah (KIR) yang berdaftar banjir di negeri Terengganu.

“Bantuan RM10,000 pula akan diberikan kepada ahli keluarga mangsa yang meninggal dunia disebabkan banjir pada kali ini sebagai rasa simpati dengan apa yang telah terjadi, ” kata kenyataan itu dalam satu hantaran Facebook.

Selain itu, menurut kenyataan tersebut, bantuan lain akan turut diteliti oleh kerajaan negeri bagi membantu meringankan bebanan mangsa banjir yang terkesan.

“Bantuan lain seperti membaiki kerosakan rumah, membina kembali rumah rosak dan lain-lain kerosakan infrastruktur akan dilaksanakan setelah mendapat maklumat penuh selepas penilaian, insya-ALLAH,” jelasnya.

Samsuri sebelum itu melawat mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Binjai di Kemaman pada pagi Jumaat.

Berita berkaitan
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
PRK Kemaman: Peratusan keluar mengundi setakat 4 petang sebanyak 60 peratus
December 2, 2023· Isu semasa
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Kesunyian punca jadi pembuli siber
September 9, 2022
Kenapa Anwar marah selepas pendedahan syarikat ‘scam’ mahu derma vaksin?
May 20, 2021
Tiada Ketua Polis Daerah di Selangor suspek kes dera
September 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
13 jam lalu · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok