Mayat lelaki dewasa mangsa ke-26 tanah runtuh Batang Kali ditemukan

December 21, 2022 · Isu semasa

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menemukan mayat mangsa ke-26 tragedi tanah runtuh di Batang Kali, Selangor, pagi ini (21 Disember 2022), tujuh hari selepas kejadian.

“Pasukan Mencari dan Menyelamat SAR Operasi Tanah Runtuh telah berjaya menemui mangsa yang ke 26 pada jam 11.16 pagi iaitu seorang lelaki dewasa di sektor B.

“Operasi mengeluarkan mangsa sedang dilakukan,” kata Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) yang memetik sumber JBPM, hari ini.

Pada 16 Disember lalu, tanah runtuh menyebabkan tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Jalan Batang Kali – Gohtong Jaya, tertimbus. Sehingga kini hanya 61 daripada peserta perkhemahan terdiri daripada keluarga sebuah sekolah terselamat.

Terdahulu, mayat seorang budak perempuan mangsa ke-25 ditemukan tertimbus pada kedalaman lebih 17 meter daripada aras tanah di lokasi tragedi, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah, berkata mayat kanak-kanak anggaran umur antara 6 hingga 10 tahun itu berada berdekatan batu yang dianggarkan lebih besar daripada jengkaut.

“Ketika ditemui, kanak-kanak perempuan itu ditemui dengan berpakaian lengkap baju tidur berwarna merah jambu.

“Berdekatan mangsa juga terdapat empat beg yang mengandungi pakaian dan komputer riba namun tiada pengenalan diri bersama mayat.

“Mayat sudah dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat,” katanya kepada pemberita mengenai situasi terkini operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tanah runtuh di tapak perkhemahan, Father’s Organic Farm, Jalan Genting, di sini hari ini.

Mayat itu ditemui di Sektor C (Riverside) dan operasi SAR yang memasuki hari keenam itu akan menumpukan di kawasan terakhir mayat itu ditemui.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor, berkata sebelum ini pihaknya sudah mengorek tanah di kawasan berkenaan dengan kedalaman lebih 12 meter daripada aras tanah.

Popular
Jemaah pulang umrah cetus kluster baharu di Sabah
December 22, 2021
Kes baharu Covid-19 meningkat lepasi paras 3,000
January 5, 2022
Kenapa lepasan SPM tidak minat ke IPT?
August 25, 2022
Kasut selesa elak sakit kaki
January 24, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
16 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
16 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok