Sudah positif pun masih minta pulang kuarantin di rumah

May 13, 2021 · Isu semasa

Pesakit positif Covid-19 yang sedang dirawat Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) di Kelantan masih meminta untuk pulang bagi menjalani kuarantin di rumah kerana ingin menyambut Aidilfitri bersama keluarga.

Bagaimanapun, rayuan dan alasan pesakit-pesakit tersebut dibimbangi akan menjadi punca kepada penularan yang lebih besar sekiranya mereka dibenarkan pulang, kata Pengarah PKRC Kelantan, Dr Mohd Azman Yacob.

“Mereka menggunakan alasan untuk menjalani perintah kuarantin di rumah (HIO) ketika Aidilfitiri.

“Namun, kita sudah membuat keputusan untuk tidak membenarkan pesakit yang berada di PKRC pulang ke rumah sehingga mereka benar-benar tamat tempoh kuarantin.

“Kita bimbang sekiranya mereka menyambung kuarantin di rumah, mereka tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang betul dan dikhuatiri menjangkiti ahli keluarga yang lain,” katanya dipetik portal Harian Metro.

Terdahulu, Dr Mohd Azmin melawat PKRC Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK) di Pengkalan Chepa.

Majoriti pesakit yang meminta pulang itu sudah seminggu menjalani kuarantin di PKRC.

PKRC Putik, Pengkalan Chepa mula beroperasi pada 6 Januari kini menempatkan 196 pesakit Covid-19 termasuk kanak-kanak.

Mengulas lanjut, Dr Azman berkata, PKRC kelapan iaitu PKRC Gelanggang Seni akan mula beroperasi Isnin ini.

Katanya, ia berikutan 30 katil perubatan sudah dibawa masuk semalam dan PKRC berkenaan boleh memuatkan 140 pesakit.

Keadaan penularan Covid-19 di dalam negara berada pada paras kritikal dan sistem kesihatan negara dijangka lumpuh sekiranya jangkitan harian berterusan meningkat.

Malah, kerajaan juga sudah mengumumkan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0 bagi membendung penularan virus membunuh itu daripada menjadi lebih serius.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Popular
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024
Kasut selesa elak sakit kaki
January 24, 2022
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Penyakit berjangkit sedang ancam manusia!
August 25, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok