Empat negeri catat peningkatan mangsa banjir

December 13, 2022 · Isu semasa

Jumlah mangsa banjir di empat negeri iaitu Pahang, Perak, Terengganu dan Johor menunjukkan peningkatan berbanding semalam, manakala di Kelantan kekal.

Menurut laporan, peningkatan mangsa banjir mengakibatkan beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) baharu terpaksa dibuka bagi menempatkan mangsa yang terjejas selepas kediaman mereka dinaiki air.

Di PAHANG, terdapat 449 mangsa banjir pagi ini berbanding 444 orang malam tadi, melibatkan tiga daerah iaitu Temerloh dengan sebuah PPS dibuka bagi menempatkan 346 mangsa, selain Bera (dua PPS, 35 mangsa) dan Pekan (sebuah PPS, 68 mangsa).

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Pahang memaklumkan, Sungai Triang di Bera melebihi paras bahaya manakala dua lagi sungai di paras amaran ialah Sungai Pahang di Paloh Hinai, Pekan dan Sungai Jempol di Maran.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) pula meramalkan Pekan bakal mengalami hujan pagi ini, manakala Temerloh dan Bera dijangka hujan pada petang serta malam.

Di PERAK, jumlah mangsa banjir meningkat dengan dua lagi PPS dibuka di daerah Mualim dan Manjung, menjadikan jumlah mangsa banjir di negeri itu kini seramai 175 orang daripada 43 keluarga sehingga 12 tengah malam tadi.

MetMalaysia turut meramalkan ribut petir dan hujan lebat akan melanda beberapa daerah iaitu Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk dan Hilir Perak.

Di TERENGGANU, jumlah mangsa banjir pagi ini meningkat sedikit kepada 199 orang daripada 53 keluarga berbanding 196 orang daripada 52 keluarga malam semalam.

Sekretariat JPBN Terengganu dalam kenyataan memaklumkan setakat 8 pagi tadi, tujuh PPS dibuka membabitkan enam daerah iaitu Kuala Terengganu (84 mangsa), Kuala Nerus (54 mangsa), Dungun (24 mangsa), Kemaman (23 mangsa), Besut (12 mangsa) dan Setiu (dua mangsa).

Mangsa banjir di JOHOR turut menunjukkan peningkatan dengan 50 orang dipindahkan di daerah Segamat berbanding 34 orang malam tadi dengan tiga kampung terjejas iaitu Kampung Kuala Paya, Kampung Seberang Batu Badak dan Kampung Batu 5, menurut JPBD negeri itu.

Data Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula menunjukkan bacaan paras air Sungai Muar di Kampung Awat, Segamat melepasi paras amaran dengan bacaan 19.79 meter dan Sungai Muar di Buloh Kasap berada pada paras amaran iaitu sembilan meter.

Sementara itu, di KELANTAN, JPBN negeri berkenaan merekodkan jumlah mangsa banjir di jajahan Pasir Mas kekal dengan 1,929 orang daripada 601 keluarga pagi ini, sama seperti direkodkan malam tadi dan kesemua mangsa ditempatkan di tujuh PPS di jajahan tersebut.

Tujuh PPS terlibat ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh, SK Kedai Tanjong, SK Gual Periok, Masjid Mukim Padang Licin, PPS Putat Tujoh, SK Kubang Kual dan SK Sri Kiambang.

Berita berkaitan
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
December 1, 2023· Isu semasa
Popular
Seorang lagi ADUN Selangor rentas negeri masuk hutan di Pahang
July 18, 2021
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024
110,000 pesakit berisiko kumpulan pertama dirawat guna Paxlovid
March 5, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
20 jam lalu · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok