PRU Padang Serai: Cina marah PH lantik kluster mahkamah ke Kabinet

December 9, 2022 · Politik

Dua keputusan pilihan raya iaitu di Parlimen Padang Serai serta Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman memberi tamparan hebat kepada gabungan ‘gergasi’ politik Pakatan Harapan (PH) dan UMNO, sekali gus menunjukkan rakyat menolak kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Antara punca kekalahan pihak kerajaan di Parlimen Padang Serai ialah kemarahan orang Cina kerana PH menabalkan kluster mahkamah sebagai Timbalan Perdana Menteri dan kemarahan penyokong UMNO kerana melanggar ketetapan PAU – menolak Anwar dan DAP – serta mengkhianati perjuangan Melayu.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Perak Fairuz Hafiizh Othman berkata banyak ulasan yang dibuat berhubung keputusan dua pilihan raya di Kedah dan Pahang itu, tetapi yang pasti ialah Perikatan Nasional berjaya melonjakkan sokongan luar biasa, khususnya di Parlimen Padang Serai.

Menurutnya keputusan telah pun diketahui apabila Perikatan Nasional menang besar di Parlimen Padang Serai dan kalah tipis di DUN Tioman, sekali gus menunjukkan kerajaan berwatak pembangkang, ditolak.

“Dalam Pilihan Raya Umum (PRU), PH menang besar di Padang Serai. Selama tiga penggal PH melalui PKR menguasai Padang Serai dan menjadi kubu kuat mereka.

“Namun, segala-galanya runtuh berkecai dalam pilihan raya selepas PRU-15. Majoriti 16,260 adalah angka besar ketika parti itu (PH-UMNO) menjadi kerajaan.

“Tidakkah ini tanda nyata penolakan rakyat kepada PH yang menjadi kerajaan terutamanya PKR yang presidennya adalah Perdana Menteri?,” katanya dalam kenyataan hari ini (9 Disember 2022).

Fairuz Hafiizh berkata kekalahan di Padang Serai menyusul setelah dua gergasi politik di mana PH mendominasi bukan Melayu manakala UMNO kononnya menguasai Melayu, bergabung.

“Jika dicampur undi BN ketika itu diwakili MCA sebanyak 14,449 undi dengan PKR yang menang mendapat 31,724 undi pastinya majoriti 8,813 akan lebih berganda. Hakikatnya PH hanya meraih 35,377 berbanding PN 51,637.

“Ia isyarat jelas yang harus diterima semua pihak khasnya berkaitan kerajaan campuran yang dibentuk. Bukan hanya kerajaan campuran malah Perdana Menteri juga ditolak melalui penolakan terhadap parti yang dipimpinnya,” katanya lagi.

Beliau berkata pilihan raya di Padang Serai dan Tioman yang diadakan pada hari bekerja menyebabkan ramai anak muda tidak dapat pulang mengunci, namun Perikatan Nasional masih berjaya mengalahkan kerajaan dan Perdana Menteri.

Ini katanya adalah petanda awal gelombang besar dalan enam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan dalam tempoh kurang daripada setahun.

Menurutnya, kemarahan orang Cina kerana PH menabalkan kluster mahkamah sebagai Timbalan Perdana Menteri dan kemarahan penyokong UMNO kerana melanggar ketetapan PAU – menolak Anwar dan DAP – serta mengkhianati perjuangan Melayu UMNO, menjadi antara punca rakyat beralih sokongan.

“Keputusan ini besar ertinya di saat Anwar dan Kabinet luar tabienya terus melaksanakan agenda luar tabie. Kerajaan ini berwatak pembangkang,” katanya.

Berita berkaitan
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Popular
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Lapan ADUN UMNO Perak khianati Melayu, Islam demi diri, kuasa?
November 21, 2022
Ingat nak hantar Zahid ke penjara, rupanya ke Putrajaya: PH kena sindir
December 3, 2022
Puad Zarkashi pemimpin ‘tua’ panas baran wajar diganti, kata Tun Faisal
December 25, 2022
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok