Kerajaan kuat saman, pengguna media sosial bidas PM-10 cepat koyak

December 8, 2022 · Politik

Baharu dua minggu memerintah dan menjadi kerajaan, pelbagai saman sudah dikemukakan Perdana Menteri (PM) Ke-10 Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pemimpin parti pihak lawan hanya kerana dikritik semasa kempen dua pilihan raya yang berakhir semalam.

Ironinya, PM-10 juga banyak membuat tuduhan terhadap parti lawan dengan dakwaan kononnya wujud penyelewengan dana berbilion dan tidak cukup itu menuduh pula syarikat judi mendanai kempen pilihan raya parti lawan semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.

Bagaimanapun, setakat ini tidak ada satu saman dikemukakan parti lawan terhadap Presiden PKR itu kerana menghormati kebebasan bersuara dalam demokrasi, sebaliknya Anwar membalas kritikan terhadap pentadbirannya dengan beberapa tuntutan saman.

Untuk rekod, sememangnya menjadi kebiasaan bagi pemimpin Pakatan Harapan (PH) menggunakan strategi menyaman pemimpin lawan hanya semata-mata kerana tidak boleh menerima kritikan.

Pengguna media sosial membidas kerajaan campuran Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) sebagai cepat koyak kerana menggunakan kuasa untuk menekan parti lawan kerana dendam semata-mata.

“Ahli politik masih berdendam dan hasad dengki lupakan semua itu bina negara kearah yang lebih makmur lupakan politik buat sementara rakyat dah muak,” kata pengguna Facebook menggunakan nama Ciklan Ruslan.

“Bila nak maju asyik masalah peribadi je negara macam mana,” kata pengguna Facebook, Zainal Masri.

“Dia (Anwar) boleh, orang lain dia koyak,” kata pengguna Facebook, Adzul Latif.

“Bapa menyaman,” kata pengguna Facebook, Atiqah Idris.

Komen pengguna media sosial tersebut dibuat dalam akaun Facebook, Buletin Utama yang menerbitkan laporan bertajuk “PM kemukakan notis tuntutan permohonan terhadap Muhyiddin Yassin”.

Setakat ini, hampir empat ribu komen lebih dibuat pengguna media sosial di laman Facebook Buletin Utama dengan majoritinya mengkritik dan menghentam Anwar kerana tindakan membuat saman tersebut.

Untuk rekod, Anwar berjaya menjadi PM-10 selepas mendapat sokongan anak muridnya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Presiden UMNO walaupun pada awalnya semasa berkempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) menafikan akan bekerjasama dengan cikgunya dan juga DAP.

Kedua-dua pemimpin parti politik itu didakwa menipu pengundi apabila sebaliknya bekerjasama demi untuk membentuk kerajaan semata-mata dan majoritinya juga boleh dipersoalkan.

Berita berkaitan
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024· Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Puad Zarkashi pemimpin ‘tua’ panas baran wajar diganti, kata Tun Faisal
December 25, 2022
Dulu dihantui DNA Saiful, kini PMX dihantui DNAA Zahid: Hishammuddin Rais
September 22, 2023
Isham koyak, Annuar tak sebut individu dia pula terasa pedas
April 25, 2022
Mat Sabu sudah tak tahan dikecam selepas bersama UMNO: Tuan Ibrahim
May 10, 2023
Lagi Politik terkini
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok