Kasihan UMNO Sabah meroyan kerusi TPM, menteri pun tak dapat

December 4, 2022 · Politik

UMNO Sabah terus meroyan jawatan menteri Kerajaan Pusat pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah menyumbang enam kerusi Parlimen bagi membantu Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu memperkukuhkan kedudukannya di kerusi Perdana Menteri.

Untuk rekod, enam calon Barisan Nasional (BN) daripada UMNO menang kerusi Parlimen ditandingi dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pad 19 November lalu. Satu lagi kerusi BN dimenangi Datuk Arthur Joseph Kurup.

Lima Ahli Parlimen UMNO di Sabah ialah:

  • Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy (Kalabakan);
  • Datuk Siti Aminah Aching UMNO (Beaufort);
  • Datuk Mohamad Alamin (Kimanis);
  • Datuk Seri Bung Moktar Radin (Kinabatangan);
  • Shahelmey Yahya (Putatan) dan
  • Suhaimi Nasir (Libaran).

Bagaimanapun, tiada seorang daripada mereka yang layak untuk dilantik sebagai menteri penuh dalam Kabinet ‘reformasi’ Anwar. Namun, ada kemungkinan beberapa daripada mereka akan dilantik sebagai Timbalan Menteri.

Andi Muhammad yang juga Ketua UMNO Bahagian Kalabakan berkata ketiadaan ahli Parlimen BN Sabah dalam barisan Kabinet baharu itu seolah-olah menunjukkan parti itu disisihkan oleh kerajaan Anwar.

Katanya UMNO Kalabakan menyokong kenyataan Bung Moktar yang juga Pengerusi BN Sabah yang meluahkan rasa kesal dengan Kabinet baharu Anwar.

“Calon-calon BN Sabah juga telah menunjukkan prestasi yang baik berbanding parti lain apabila berjaya memenangi tujuh kerusi Parlimen di Sabah dengan majoriti yang besar.

“Sepatutnya PM perlu membuat pertimbangan supaya melantik ahli Parlimen dalam kalangan BN Sabah bagi mengimbangi komposisi jawatan menteri yang meliputi Semenanjung, Sabah dan Sarawak,” katanya dalam kenyataan media, di Tawau, hari ini (4 Disember 2022), menurut Borneo Post.

Anwar sebelum ini memberikan dua kementerian kepada pemimpin dari Sabah yang melibatkan pemimpin Bersatu dalam Gabungan Rakyat Sabah dan Pakatan Harapan.

Sebelum ini, ketika kempen PRU-15 lalu Anwar yang juga Presiden PKR berjanji kepada rakyat Sabah bahaw seorang Timbalan Perdana Menteri akan dilantik dari negeri itu jika PH berjaya mentadbir negara.

Anwar pada 23 Oktober lalu berkata seorang TPM masing-masing dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak, akan dilantik, jika PH membentuk kerajaan selepas PRU-15.

“Cadangan ini dari dulu lagi sejak zaman Pakatan Rakyat, kita akan ada satu TPM dari Semenanjung, satu dari Sabah dan satu dari Sarawak. Tetapi kalau ada perubahan, nanti kita akan bincang,” katanya

Pada 4 September 2021 Pengerusi Kebangsaan DAP, Lim Guan Eng berkata cadangan mewujudkan tiga jawatan TPM tersebut mungkin boleh direalisasikan jika PH berpeluang merebut kembali kuasa di peringkat Persekutuan.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
PAS faham dan jaga semua kaum: Muhyiddin
March 5, 2022
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok