Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman: Usah biar hakim ‘melutut’ kepada peguam

December 4, 2022 · Isu semasa

Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad berpendapat hak prerogatif Perdana Menteri untuk melantik ahli Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (SPK) tidak boleh diserahkan kepada badan peguam, selain cadangan berkenaan adalah kisah 14 tahun lalu yang diulang semula.

Beliau bimbang jika badan peguam dibenar melantik anggota SPK, maka hakim terpaksa ‘melutut’ kepada peguam yang menjadi anggota SPK ketika peguam berkenaan hadir dalam sesuatu kes di mahkamah.

Selain itu beliau berkata pendirian badan peguam, termasuk Majlis Peguam Malaysia dalam beberapa isu, hampir sama dengan yang diberikan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bukan Islam, Pakatan Harapan (PH), terutama DAP.

“Pendirian Majlis Peguam boleh dilihat daripada kenyataan-kenyataan akhbar yang dikeluarkannya yang menyerupai pendirian orang-orang dan NGO-NGO bukan Islam, PH, khususnya DAP dalam hampir semua isu.

“Ahli-ahli majlis dan persatuan-persatuan peguam yang berpendirian seperti itulah yang akan dilantik sebagai majoriti ahli-ahli SPK. Mereka pula tentulah akan mengutamakan calon-calon yang berpendirian serupa dengan mereka untuk dilantik menjadi Pesuruhjaya Kehakiman dan Hakim untuk dinaikkan pangkat hingga menjadi Ketua Hakim Negara.

“Saya juga menghujahkan bahawa akibatnya, Hakim-Hakim akan, “melutut” kepada peguam-peguam yang menjadi ahli-ahli suruhanjaya itu apabila peguam-peguam itu hadir di hadapan mereka dalam sesuatu kes di mahkamah. Paling kurang, ia akan menyebabkab rasa tidak adil kepada pihak sebelah lagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Abdul Hamid menolak syor “Pelantikan ahli-ahli Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman tidak dibuat oleh Perdana Menteri sebaliknya, diberi kepada beberapa institusi lain seperti Majlis Peguam Malaysia, Persatuan Undang-Undang Sabah, Persatuan Peguambela Sarawak dan Jawatankuasa Pemilih Parlimen.”

Beliau berharap peruntukan yang ada sekarang tidak dipinda, namun tidak mengapa jika Yang di-Pertuan Agong melantik mereka.

“Dengan peruntukan yang ada sekarang pun, seorang peguam yang sudah bersara sepenuhnya, yang namanya sudah tidak digunakan lagi oleh firma lamanya dan dia tidak mempunyai apa-apa saham lagi dalam firma itu atau yang lainnya, boleh dilantik sebagai ahli SPK,” katanya yang menceritakan syor itu pernah dibangkitkan kira-kira 14 tahun lalu ketika pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi.

“Kebetulan pada masa undang-undang itu dibuat, saya adalah Ketua Hakim Negara dan tahu juga mengenainya. Maka, saya merasa bertanggungjawab untuk memaklumkan apa yang berlaku dan memberi pencerahan mengenainya. Rang undang-undang itu digubal oleh Majlis Peguam dan dibawa naik untuk dijadikan undang-undang oleh Dato’ Zaid Ibrahim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada masa itu.

“Tan Sri Gani Patail, Peguam Negara pada masa itu, memberitahu saya “I have nothing to do with it.” Dalam kata-lain lain, Jabatan Peguam Negara (JPN) yang sepatutnya menggubalnya, telah diketepikan.”

Abdul Hamid menjelaskan beliau memberi hujah bahawa jika undang-undang itu dilaksanakan, ahli-ahli SPK tersebut akan lebih mengutamakan calon-calon yang pendirian mereka mengenai tafsiran undang-undang dan peranan hakim-hakim dan badan kehakiman adalah serupa dengan Majlis Peguam untuk dilantik atau dinaikkan pangkat.

“Saya percaya selain daripada beberapa nama yang saya telah sebutkan itu, tidak ada sesiapa yang mengetahui hal ini. Diharapkan maklumat dan pencerahan ini akan memberi manfaat kepada semua yang akan membuat keputusan mengenainya,” katanya.

KENYATAAN PENUH 

Berita berkaitan
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023· Politik
PM bukan Melayu, UMNO akan terpaksa ikut tuntutan DAP: Muhyiddin
December 16, 2023· Politik
Cadangan PM bukan Melayu oleh Kit Siang, Anwar kata jangan rumitkan keadaan
December 15, 2023· Politik
Polis rekod keterangan Kit Siang dengan 27 soalan isu PM bukan Melayu: Peguam
December 13, 2023· Politik
Popular
Benarkah rakyat Malaysia memilih kerja?
February 17, 2022
Azam Baki sahkan Rohana sudah pulangkan AS$10 juta
March 24, 2023
Kes Adib: 17 lelaki terlibat dalam rusuhan kuil dibebaskan
June 27, 2023
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok