Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih

December 2, 2022 · Isu semasa

Menjelang pengumuman barisan Kabinet kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) petang ini, spekulasi berhubung lantikan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga semakin kuat selepas beberapa laporan media menyifatkan lantikan tersebut penting demi kelangsungan masa depan Perdana Menteri (PM).

Sememangnya lantikan Zahid sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM) boleh dianggap sebagai simbol kejayaan sebuah kerajaan baharu yang bersih dan berintegriti dibentuk oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia pasti sangat membanggakan pengundi DAP dan juga UMNO khususnya.

Menurut laporan Malaysiakini, sumber UMNO mengesahkan lantikan Zahid sebagai TPM hampir menjadi kenyataan walaupun terdapat kritikan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang pro-pembangkang.

Laporan media tersebut juga mendedahkan Zahid dicalonkan parti tersebut untuk memegang jawatan berkenaan selaras dengan kedudukannya selaku ketua parti.

“Hampir pasti presiden UMNO akan jadi Timbalan Perdana Menteri, insya-Allah. Itu saja saya boleh cakap,” kata sumber Malaysiakini itu.

Jika ia menjadi kenyataan, Zahid akan menjawat tugas sebagai TPM buat kali kedua.

Namun, langkah meletak Zahid sebagai pemimpin nombor dua dalam kerajaan dipimpin oleh cikgunya juga akan memberi kelebihan kerana sudah pasti usaha PH selama ini melawan rasuah dapat direalisasikan.

Malah, usaha dan reformasi yang dilaungkan oleh Anwar selama berkempen dalam ceramah Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tidak akan sia-sia kerana Zahid juga seorang ahli politik yang bersih kerana masih belum dijatuhi hukuman penjara ketika ini.

Umum mengetahui Zahid sebagai Presiden UMNO turut berjuang bermati-matian melawan rasuah sehingga pesalah dalam rasuah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjaya dihukum penjara kerana kesungguhan parti membersihkan perasuah yang mencuri duit rakyat sebelum ini.

Senarai Kabinet dijangka akan diumumkan Anwar petang nanti selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Popular
Semua pihak perlu peka isu buli
November 6, 2021
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok