Hormati pengantin baharu, calon BN bakal beri laluan kepada PH di Padang Serai

December 2, 2022 · Politik

Memandangkan baharu membentuk kerjasama sehingga terbentuk kerajaan bersama, calon Barisan Nasional (BN) Datuk C Sivaraj mengambil keputusan untuk memberi laluan kepada calon Pakatan Harapan (PH) Dr Mohamad Sofee Razak di Parlimen Padang Serai.

Dalam sesebuah perkahwinan politik, langkah untuk bertolak ansur penting bagi memastikan rumah tangga PH-BN dapat dipelihara dengan baik kerana baharu sahaja bergelar pengantin baharu.

Media melaporkan Sivaraj sudah menghentikan kempennya di Padang Serai, langkah tersebut diambil sebagai tanda persefahaman antara BN dan PH yang baharu sahaja bergelar rakan politik baharu.

Laporan media juga mendedahkan pengumuman berhubung penarikan diri calon BN itu akan diumumkan malam ini semasa ceramah bersama PH-BN di Taman Desa Aman.

BN difahamkan mengambil keputusan itu selepas PH pada Selasa lalu mengumumkan menarik diri daripada PRU15 bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman untuk memberi laluan kepada calon BN.

Difahamkan pimpinan PH dan BN negeri mencapai kata sepakat berhubung perkara itu pada mesyuarat dipengerusikan Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom malam tadi.

Kelmarin, Sivaraj dilaporkan berkata, beliau masih berkempen seperti biasa kerana masih belum menerima sebarang arahan daripada kepimpinan BN.

Beliau juga menegaskan, calon PH yang sepatutnya memberi laluan kepadanya memandangkan beliau berkhidmat di kawasan itu sejak tiga tahun lalu.

Sehingga kini, belum ada sebarang maklum balas daripada pihak Sivaraj mengenai dakwaan MIC bersetuju menarik balik pencalonannya.

Selain Sivaraj dan Mohamad Sofee, Parlimen Padang Serai yang menyaksikan pertembungan enam penjuru turut membabitkan Datuk Azman Nasrudin (PN), Hamzah Abd Rahman (Pejuang), Mohd Bakri Hashim (Warisan) dan Sreanandha Rao (Bebas).

Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) bagi kerusi Parlimen Padang Serai ditangguhkan selepas calon PH yang juga penyandang, M Karupaiya meninggal dunia pada 16 November lalu, dua hari selepas dimasukkan ke Hospital Kulim akibat serangan jantung.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang memutuskan penangguhan PRU-15 di kerusi terbabit kemudian menetapkan 7 Disember ini sebagai tarikh pengundian.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Itu bukan pandangan DAP, kata Anwar ulas kenyataan kontroversi Ramasamy
February 11, 2023
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok