PAS tunjuk bukti sikap DAP terhadap Islam, Melayu. UMNO buat-buat lupa

November 29, 2022 · Politik

Dewan Pemuda PAS Pusat hari ini (29 November 2022) menyenaraikan beberapa tingkah laku DAP – salah satu parti komponen Pakatan Harapan (PH) – yang dianggap ekstrem dan mempromosi Islamofobia.

Mereka turut mempertahankan kenyataan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang dan menyifatkannya adalah berasas kerana ada pemimpin DAP menolak asas Perlembagaan Persekutuan, rasis dan Islamofobik dalam setiap tindak-tanduknya.

Sehubungan itu, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS, Hanafi Zulkapli, menyenaraikan beberapa tindakan dan kenyataan yang dikeluarkan oleh DAP sebelum ini.

“Pada 2014, pemimpin DAP Ngeh Koo Ham menyatakan pendirian bahawa hak untuk murtad patut diberikan kepada orang Islam dan kenyataan itu tidak pernah ditarik balik hingga kini.

“Pada April 2019, Senator daripada DAP, Nga Hock Cheh menggesa pengguguran status kaum termasuk Islam pada MyKad, kononnya atas dasar mewujudkan identiti nasional.

“Pada 14 November lalu, Nga Kor Ming ketika kempen PRU-15 menyatakan gabungan Perikatan Nasional sebagai kerajaan Taliban hanya kerana ketegasan PAS dalam mengawal aktiviti maksiat.

“Pada Oktober lalu, tokoh DAP Lim Kit Siang, menyebut Malaysia tidak memerlukan Ketuanan Melayu, sebaliknya hanya perlukan Ketuanan Malaysia.

“Malah sehingga kini, DAP masih berpegang kepada Deklarasi Setapak yang berhasrat mengubah status Bumiputera dalam Malaysia. Deklarasi tersebut tidak ditarik balik,” katanya dalam kenyataan di Facebook Pemuda PAS, hari ini (29 November 2022).

Hanafi menegaskan, semua kenyataan dan pendirian pemimpin DAP itu jelas menunjukkan mengenai sifat malignan DAP terhadap fabrik sosial negara ini.

Katanya, tak perlu menunggu Presiden PAS membuat laporan polis, rakyat sendiri sudah lama melaporkan perbuatan dan tindak-tanduk DAP untuk diambil tindakan mengikut lunas undang-undang.

“Ini termasuk laporan polis oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam pada 22 Februari 2022 berhubung keceluparan pemimpin DAP, P Ramasamy terhadap Majlis Agama Islam Perlis.

“Laporan polis dibuat oleh Pemuda PAS pada 7 Julai 2021 terhadap kenyataan penghinaan oleh Kit Siang berkaitan isu Kerajaan Allah, selain laporan oleh NGO UMMAH pada 19 November 2022 berkenaan kempen rasis oleh pemimpin DAP, Hew Kuan Yew,” katanya.

Justeru, beliau berkata, fakta membuktikan apa yang disebut Presiden PAS itu bukanlah suatu fitnah, sebaliknya beliau hanya menyatakan perkara sebenar yang berlaku.

“Kebenaran itu pahit untuk ditelan. Namun sepahit mana kebenaran itu, ia harus diakui. Sama seperti hakikat kerajaan ini dianggotai sebuah parti yang bersifat pesimis terhadap Islam dan bangsa Melayu. Walaupun cuba dinafikan, ia tidak pernah mengubah fakta sebenar hala tuju dan perjuangan mereka,” tegasnya.

Hanafi menegaskan yang PAS mengakui dan menjunjung perkenan Yang di-Pertuan Agong terhadap kerajaan hari ini.

“Semua kerajaan terbentuk dan mendapat perkenan baginda adalah sah di sisi Perlembagaan seperti mana kerajaan Perikatan Nasional yang terbentuk pada Mac 2020 walaupun sering dituduh kerajaan pengkhianat,” katanya.

Bagaimanapun sekarang ini terlah dapat dilihat wajah siapa yang menjadi pengkhianat sebenar.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
PAS faham dan jaga semua kaum: Muhyiddin
March 5, 2022
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok