4,765 kes baharu, jumlah kematian tertinggi sejak pandemik

May 12, 2021 · Isu semasa

Jangkitan baharu Covid-19 di negara ini dalam tempoh 24 jam sehingga jam 12 tengah hari tadi mencanak naik mencecah angka 4,765 kes, berbanding 3,973 yang direkodkan semalam (Selasa), menjadikan jumlah kes aktif sebanyak 40,101.

Dalam tempoh itu negara juga mencatat 39 kematian akibat Covid-19 – angka tertinggi setakat ini yang meninggal dunia dalam sehari, pernah direkodkan.

Angka kematian tertinggi pernah dicatatkan ialah pada 8 Februari lalu iaitu sebanyak 24 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 3,124 pesakit juga sembuh sepanjang 24 jam itu menjadikan keseluruhan kes sembuh ialah 411,360 berbanding jumlah kumulatif positif sebanyak 453,222 kes.

Selangor kekal sebagai negeri yang mencatatkan jangkitan tertinggi iaitu sebanyak 2,082 kes, diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (540) dan Sarawak (405).

Dalam Twitter Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjangkakan kes baharu mungkin mencecah 5,000 kes pada pertengahan bulan ini.

Johor – 348 (48,960); Kelantan – 297 (18,048); P Pinang – 259 (22,592); Kedah – 226 (11,822); Perak – 172 (16,035); N Sembilan – 122 (20,148); Melaka – 110 (8,278); Sabah – 70 (59,073); Pahang – 63 (6,014); Terengganu – 60 (5,094); WP Labuan – 6 (2,497); WP Putrajaya – 4 (1,483); dan Perlis – 1 (382).

Noor Hisham berkata, sejumlah 469 pesakit kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 244 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
[KEMAS KINI] Kes baharu semakin tinggi melepasi 13,000
July 15, 2021
Adibah Noor meninggal dunia, Muhyiddin ucap takziah kepada keluarga
June 19, 2022
SPRM sahkan mungkin panggil Tengku Zafrul: Laporan
February 18, 2023
Seorang lagi ADUN Selangor rentas negeri masuk hutan di Pahang
July 18, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok