2,121 kes baharu, 14 kematian

November 22, 2022 · Isu semasa

Jumlah kematian akibat komplikasi Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam (21 November 2022), meningkat mendadak dan tertinggi sejak pertengahan Ogos lalu, menurut data Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini.

Dalam tempoh itu 14 pesakit meninggal dunia, termasuk empat kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau brought in death (BID). Jumlah itu adalah yang tertinggi selepas negara merekodkan 15 kematian pada 17 Ogos lalu.

Daripada jumlah kes kematian itu, tiga direkodkan di Perak; masing-masing dua di Kedah, serta Sabah; dan masing-masing satu di Johor, Melaka, Pahang, Pulau Pinang, Selangor, Terengganu, dan Kuala Lumpur.

Jumlah itu menjadikan kumulatif kematian akibat komplikasi Covid-19 yang dilaporkan mulai 17 Mac 2020 hingga semalam sebanyak 36,609 kes, termasuk 7,787 kes BID.

Sementara itu, jangkitan harian Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam juga meningkat sedikit apabila mencatat 2,121 kes berbanding 1,633 yang direkodkan pada Ahad.

Jumlah itu menjadikan kumulatif positif Covid-19 sejak 25 Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 4,969,420 kes, dengan 4,905,670 pesakit telah sembuh, termasuk 1,764 yang pulih semalam.

Menurut data laman sesawang Github KKM, daripada jumlah jangkitan baharu itu, 1,436 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak; 424 kes (penerima dua dos); 254 kes (individu tidak divaksinasi); dan tujuh kes (individu belum lengkap divaksinasi).

Sementara itu, data laman sesawang KKMNOW yang dikemas kini tengah malam tadi menunjukkan sehingga kini 27,141 kes masih aktif, naik semula berbanding 26,798 yang dilaporkan sehingga Ahad.

Daripada jumlah itu, 25,149 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah (24,847 pesakit pada Ahad); dan 1,900 dirawat di hospital, naik semula berbanding 1,857 pada Ahad.

Seramai 92 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (94 pada Ahad), dengan 58 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (55 pada Ahad).

Berikut adalah jumlah kes harian setiap negeri semalam, serta kumulatif positif sejak Januari 2020:

  • Selangor – 1,073 (1,524,895)
  • Kuala Lumpur – 156 (461,221)
  • Sabah – 109 (403,183)
  • Johor – 31 (396,594)
  • Sarawak – 77 (319,393)
  • Kedah – 98 (314,520)
  • Pulau Pinang – 69 (303,633)
  • Kelantan – 86 (257,458)
  • Perak – 74 (235,971)
  • Negeri Sembilan – 60 (228,460)
  • Pahang – 54 (180,441)
  • Melaka – 112 (140,467)
  • Terengganu – 55 (131,382)
  • Putrajaya – 54 (30,533)
  • Labuan – 11 (22,538)
  • Perlis – 2 (18,731).

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Saman ibu model warga Belanda dibunuh akan dibicarakan
December 7, 2022
Ke mana masa depan ekonomi orang Melayu?
June 25, 2023
Cukai terhadap produk bergula mampu bantu atasi masalah diabetes
November 15, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok