MB Johor akur tsunami orang Melayu, mahu Zahid berundur atau dipecat

November 20, 2022 · Politik

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi hari ini berkata Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi perlu meletak jawatan pada kadar segera susulan kekalahan teruk Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Onn Hafiz mengakui tsunami orang Melayu menyebabkan UMNO tewas teruk pada PRU-15 kali ini dan meminta Zahid mengambil tanggungjawab sama ada berundur atau dipecat serta-merta daripada parti.

Beliau yang juga Pengarah Operasi Pilihan Raya BN Johor berkata Zahid perlu mengundurkan diri daripada terus memegang jawatan Presiden UMNO demi kepentingan dan masa depan parti.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap itu berkata perubahan perlu dilakukan kerana ramai pemimpin UMNO, MCA dan MIC yang berkaliber dan berpotensi, terkorban kerana tindakan tidak mahu mendengar denyut nadi akar umbi.

“Kita semua sedia maklum bahawa satu tsunami politik orang Melayu telah berlaku, iaitu orang Melayu telah menolak UMNO. UMNO telah rebah.

“UMNO dan BN hanya menang sembilan kerusi Parlimen di Johor, sementara itu, kita tidak memenangi satupun kerusi Parlimen di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka, Kelantan mahupun Terengganu.

“Walaupun pahit untuk ditelan, pemimpin UMNO termasuk saya sendiri perlu kembali mendengar suara rakyat yang telah diterjemahkan melalui undi mereka semasa Pilihan Raya Umum ke-15 semalam,” kata Onn Hafiz menerusi kenyataan yang dimuat naik di Facebooknya, hari ini.

Beliau berkata usaha untuk memulih dan memperbaiki parti perlu bermula dari sekarang dan sekiranya perubahan tidak dilakukan segera, UMNO dan BN tidak akan memenangi walaupun satu kerusi pada masa akan datang.

Sehubungan itu katanya, Zahid perlu berjiwa besar untuk meletak jawatan sebagai presiden pada kadar yang segera, sebagaimana Datuk Seri Najib Razak telah berbuat demikian pada 2018.

“Insya-Allah tindakan berjiwa besar ini akan membantu kita mengambil langkah pertama untuk memulihkan dan menguatkan kembali parti UMNO yang kita semua cintai ini.

“Segala pengorbanan mereka akan dihargai dan insya-Allah, perjuangan ini akan diteruskan. Semoga Allah SWT merestui dan merahmati perjuangan serta pengorbanan kita semua,” katanya.

Pada PRU-15, BN hanya meraih sembilan kerusi daripada 26 kerusi yang ditandingi di Johor iaitu Simpang Renggam, Parit Sulong, Ayer Hitam, Pontian, Kota Tinggi, Tenggara, Pengerang, Sembrong dan Tanjung Piai.

Pakatan Harapan memenangi 14 kerusi, Perikatan Nasional (PN) dua kerusi dan Parti Ikatan Demokratik (MUDA) satu kerusi.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Ibu, suami dan anak temani Mas Ermieyati sebelum ke pusat penamaan calon
November 8, 2021
Ini kali pertama dapat Perdana Menteri yang kita rasa malu: Ahmad Fadhli
June 21, 2023
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok