Jangan terkejut dron terbang di kawasan perumahan: PDRM

May 12, 2021 · Isu semasa

Orang ramai yang menyambut Hari Raya Aidilfitri dinasihatkan tidak terkejut sekiranya melihat dron terbang di kawasan perumahan mereka kerana pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggunakan kaedah tersebut untuk memantau pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

Penggunaan dron terbabit bertujuan memastikan tiada sebarang pelanggaran SOP dikesan, kata SAC Gerakan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman SAC M.V Sri Kumar

“Seperti diketahui rondaan polis akan dilakukan di setiap kawasan perumahan yang ada, jadi polis turut menggunakan pendekatan dikendalikan unit kawalan udara PDRM ini.

“Penggunaannya bagaimanapun adalah tertakluk kepada permintaan setiap Ketua Polis Daerah di sesebuah negeri untuk mengaplikasikan penggunaan dron bagi membuat pemantauan di kawasan perumahan dikehendaki,” katanya lapor Bernama.

Beliau berkata bagi kawasan perumahan seperti apartmen dan sebagainya, polis akan membuat semakan ke atas setiap buku pelawat di premis terbabit.

“PDRM bertindak demikian supaya tiada yang didapati melanggar SOP berkunjung ke sesebuah rumah seperti mana diarahkan kerajaan. Ia merupakan antara bukti yang boleh digunakan bagi menandakan sebarang bentuk kehadiran orang awam di sesebuah premis seperti itu.

Bagi tujuan itu juga orang ramai dalam masa sama dinasihatkan melaporkan sebarang pelanggaran SOP semasa perayaan Aidilfitri dilakukan di kawasan kejiranan mereka kepada pihak polis,” katanya.

Ditanya mengenai kawalan sekatan jalan raya (SJR) di kawasan menghubungkan sempadan daerah dan negeri, Sri Kumar berkata ianya tidak terkecuali berikutan pemeriksaan akan turut diadakan terutama di laluan tikus.

“Jika di kawasan bandar, SJR dilaksanakan di pelbagai tempat namun ia tidak terkecuali di kawasan seperti luar bandar.

“Bermula di peringkat kontinjen sehinggalah pondok polis, setiap pegawai dan anggota dikerahkan bertugas dan memastikan setiap laluan tikus terbabit dibuat pemeriksaan ketat,” katanya.

Beliau berkata tindakan mengarahkan orang awam supaya berpatah balik kerana tidak mempunyai sebarang dokumen lengkap untuk merentas daerah dan sebagainya akan dilakukan manakala sebarang pelanggaran SOP akan dikenakan kompaun.

Jelas beliau, tindakan dilakukan pihak polis itu bukanlah bertujuan menekan orang awam sebaliknya bertujuan untuk menguatkuasakan peraturan ditetapkan.

Berita berkaitan
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024· Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024· Isu semasa
196 warga PDRM ditahan kerana dadah semasa 10 bulan pertama tahun ini: KPN
November 24, 2023· Isu semasa
Polis tahan aktivis media sosial lantang kritik kerajaan
October 31, 2023· Politik
Popular
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Anwar bidas PM berhubung kelonggaran kepada pemimpin UMNO di Melaka
November 1, 2021
Ketua Pengarah KPPA sah ditamatkan khidmat, kata Zuki
December 13, 2022
47 kematian, kes aktif naik semula
November 24, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
16 jam lalu · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok