Pusat undi di Sepang tenggelam banjir, ditukar lokasi

November 18, 2022 · Politik

Sebuah pusat mengundi Parlimen Sepang terpaksa ditukarkan ke lokasi baharu selepas tenggelam sepenuhnya akibat banjir, semalam.

Pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Dengkil itu ditukarkan ke lokasi baharu iaitu ke Sekolah Rendah Agama Dengkil.

Berdasarkan salinan surat daripada Pegawai Pengurus Pusat Mengundi Parlimen Sepang, Abd Hamid Hussain kepada Pejabat Pilihan Raya Negeri Selangor, pusat mengundi tersebut tenggelam sepenuhnya, lapor Bernama.

Susulan itu, Abd Hamid menerusi suratnya bertarikh 17 November memohon pihak Pilihan Raya Negeri Selangor menukar pusat mengundi tersebut ke Sekolah Rendah Agama Dengkil.

Pengarah Pilihan Raya Negeri Shafie Taib hari ini menghantar surat kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memaklumkan perkara tersebut untuk tujuan pewartaan semula pusat mengundi berkenaan.

Parlimen Sepang menyaksikan pertembungan lapan penjuru membabitkan Anuar Basiran (BN), Rina Harun (PN) , Che Asmah Ibrahim (Pejuang), Raj Munni @ Aiman Athirah Sabu (PH),  Mohd Daud Leong Abdullah (Parti Utama Rakyat), R Nageswaran (Parti Rakyat Malaysia), Mohd Syahrul Amri Mat Sari (Bebas) dan M Muneswaran (Bebas).

Berita berkaitan
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
SPR jangka 70 peratusan keluar pengundi pada PRK Kemaman esok
December 1, 2023· Isu semasa
Popular
Kerajaan Anwar sekat kebebasan bersuara rakyat, BERSIH kecewa janji tak ditunaikan
September 13, 2023
Zahid tiada ciri ketua kerajaan untuk jadi Perdana Menteri
April 13, 2021
Zahid sahkan Noraini dilantik Pengerusi RISDA baharu
March 26, 2023
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok