Tinggalkan PH bukan langkah khianat kata Muhyiddin

November 16, 2022 · Politik

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan keputusan meninggalkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini bukan langkah pengkhianatan sebaliknya sebagai langkah penyelamatan.

Dilabel sebagai pengkhianat oleh bekas rakan sekutunya dari PH, Muhyiddin berkata langkah itu diambil selepas terus ditekan oleh parti-parti komponen terutama dalam hal berkait  keputusan-keputusan kerajaan membabitkan Bumiputera dan agama.

“Saya fikir perkataan yang lebih tepat ialah penyelamat bukan pengkhianat. Tengok hasilnya sekarang ini. Siapa yang menyelamatkan negara? Saya tidak kata saya seorang tapi gabungan usaha, rakyat, petugas barisan hadapan, saya dan pimpinan yang lain untuk menguruskan hal-hal yang paling sukar.

“Mungkin dikaitkan dengan soal itu (pengkhianat) kerana kami mengambil langkah untuk meninggalkan PH. Kami ditekan dengan desakan dibuat pimpinan PH khususnya PKR dan Amanah…DAP terutamanya, yang saya kira tidak bersesuaian malah bercanggah dengan kepentingan sebahagian besar masyarakat Malaysia terutamanya Bumiputera, orang Islam dalam negara kita,” katanya.

Beliau yang juga calon Parlimen Pagoh bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), Sabtu ini berkata demikian ketika sesi Sinar Live : Cukup-cukuplah fitnah PN, hari ini.

Sebaliknya Muhyiddin berkata Bersatu boleh digelar pengkhianat jika masih kekal dalam jemaah yang mendatangkan kemudaratan kepada rakyat dan negara.

“Kalau saya sebut satu per satu, banyak membuktikan seolah-olah jauh lari daripada apa yang telah pun kita laksanakan sebagai teras pembangunan Malaysia jadi ini bercanggah daripada aspirasi Bersatu, bukan saya yang keluar tapi Bersatu yang keluar (PH).

“Keputusan kita, kalau lagi lama kita duduk di sini (kerajaan PH) banyak perkara mudarat yang akan berlaku pada negara. Sanggupkah kita (Bersatu) duduk di situ dan kekal…jadi pengkhianat kerana kekal di situ? Atau kita terpaksa keluar dari situ. Jemaah yang kita fikir tak sesuai ini tak boleh kekal lama,” katanya.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Popular
Konspirasi Zahid-Anwar sejak 1998, rancang gulingkan Dr M dan kini mahu singkir Muhyiddin
August 9, 2021
Isham koyak, Annuar tak sebut individu dia pula terasa pedas
April 25, 2022
Mat Sabu sudah tak tahan dikecam selepas bersama UMNO: Tuan Ibrahim
May 10, 2023
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok