PRU-15 : PN tawar 12 inisiatif tawan Pahang

November 9, 2022 · Politik

Perikatan Nasional (PN) membuat 12 tawaran di Pahang dalam usaha menawan kubu kuat Barisan Nasional (BN) berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Pengerusi PN Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata Manifesto PN Pahang itu merangkumi inisiatif yang komprehensif dan meletakkan agama sebagai inti pati pertama.

Katanya, PN akan memastikan tadbir urus yang berintegriti dan cekap selain memberi tumpuan pada kecemerlangan pendidikan.

“Pelbagai inisiatif dan pelan bakal dilaksanakan bagi membolehkan setiap penduduk Pahang mendapat peluang pendidikan terbaik,” katanya yang membentangkan manifesto itu di Jerantut, malam tadi, lapor BH.

Majlis pelancaran Manifesto PH Pahang yang bertemakan ‘Pahang Berkat Makmur Sejahtera’ itu disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi PN, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Menurut Saifuddin yang juga calon Parlimen Indera Mahkota, menerusi tawaran itu PN juga akan memartabatkan belia dan warga emas, memberi sokongan pengajian kepada anak Pahang serta menyediakan bantuan perkahwinan.

Katanya, PN komited untuk merancakkan sektor pelancongan dan kebudayaan Pahang untuk menarik minat pelancong sekali gus meningkatkan ekonomi.

“Dengan keindahan alam semula jadi, Taman Negara, pantai, pulau, gunung-ganang dan banyak tempat menarik, PN komited untuk merancakkan sektor pelancongan negeri ini.

“Namun untuk mencapai objektif ini, kelestarian alam sekitar perlulah diberi perhatian. Usaha pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar akan dipergiat untuk memastikan kelestarian jangka masa panjang,” katanya.

Tambahnya, untuk melaksanakan semua aspirasi terbabit, PN perlu terlebih dulu menawan Pahang dan menjadikan Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai Menteri Besar negeri itu.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
PM bukan Melayu, UMNO akan terpaksa ikut tuntutan DAP: Muhyiddin
December 16, 2023· Politik
UMNO kalah teruk hilang undi banyak, majoriti Dr Samsuri meningkat
December 2, 2023· Politik
UMNO tandus calon sehingga terpaksa letak calon luar di Kemaman: Sanusi
November 15, 2023· Politik
Popular
Bersatu tidak dominasi PN, PAS tempelak dakwaan Ismail Sabri
November 16, 2022
Isu dana judi, terang-terang PMX buat fitnah besar terhadap PN: Wan Saiful
May 26, 2023
Sulaiman nafi akan letak jawatan KM Melaka, Rauf hanya memangku
December 26, 2022
MIC kecewa dengan Zahid, Vigneswaran dakwa dianaktirikan
August 2, 2023
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok