Jangan guna alasan Covid-19 tangguh Undi 18 : Asraf

March 26, 2021 · Politik

Pemuda UMNO tidak mahu pandemik Covid-19 dijadikan alasan untuk menangguhkan pelaksanaan Undi 18 dan pendaftaran pemilih secara automatik, kata ketuanya Datuk Dr Asyraf Wajdi.

Asyraf menyifatkan keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai membelakangkan Parlimen yang merupakan badan undang-undang tertinggi selepas Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2019 diluluskan di Dewan Rakyat pada Julai 2019.

“Amat tidak wajar untuk berselindung di sebalik alasan Covid-19 setiap kali Kerajaan gagal atau tidak dapat memenuhi tuntutan demokrasi dan kehendak rakyat termasuk yang terbaru perlaksanaan Undi 18 dan pendaftaran pemilih secara automatik,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Beliau kemudiaan menggesa supaya kerajaan menimbang keputusan yang diumumkan oleh SPR dan mengotakan janji untuk melaksanakan Undi 18 pada Julai 2021.

“Justeru, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mendesak agar kerajaan mengotakan janji bagi memenuhi komitmen garis masa perlaksanaan Undi 18 pada Julai 2021.

“Bagi tujuan merealisasikan hasrat ini Kerajaan harus menyediakan segala kemudahan yang diperlukan termasuk sumber-sumber yang mencukupi dari segi kewangan, koordinasi merentas agensi dan menambah tenaga kerja,” katanya lagi.

Semalam, SPR mengumumkan Pendaftaran pemilih automatik dan kelayakan mengundi pada usia 18 tahun dijangka hanya mampu dilaksanakan selepas 1 September tahun depan.

Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh, berkata pihaknya harus bersikap realistik dengan perkembangan dan situasi semasa negara ketika ini yang secara umumnya masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan Covid-19.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Gesaan DAP supaya pilihan raya PBT diadakan di KL, pemimpin UMNO membisu
December 17, 2023· Politik
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Calon PKR Sg Buloh yang juga bekas bendahari agung MIC pernah ada kes mahkamah
November 3, 2022
Apa khabar vending machine? Fadhli sindir Rafizi
August 25, 2023
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok