Hamzah sedih rakyat berdepan musibah banjir musim PRU

November 5, 2022 · Politik

Calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainudin menyatakan rasa sedihnya susulan rakyat terpaksa berdepan musibah banjir dan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) pada masa yang sama.

Menteri Dalam Negeri sementara itu berkata pasukan keselamatan terpaksa dibahagi-bahagi untuk mengawal pilihan raya dan bencana jika berlaku.

“Saya sedih kerana kita hanya ada 120,000 anggota polis. Nak guna untuk PRU saja hampir 80,000 jadi hanya tinggal 40,000 untuk jaga keselamatan seluruh negara.

“Kalau banjir mungkin 20,000 untuk kita turunkan bantu rakyat di bawah sana jadi inilah sebabnya saya minta jangan kita lakukan PRU pada musim tengkujuh,” katanya lapor FMT.

Namun katanya, cadangan tersebut tidak diendahkan malah beliau mendakwa menteri dari BN yang menentang idea itu juga tidak dicalonkan semula.

“Kawan-kawan saya yang berada dalam Kabinet yang datangnya daripada BN ramai digugurkan kerana semata-mata bercakap benar bercakap demi kepentingan rakyat.

“Hanya mereka yang berjuang demi kepentingan presiden mereka saja dikekalkan,” katanya.

Hamzah yang pertama kali bertanding atas tiket PN itu bakal bertembung dengan tiga calon lain iaitu Shafiq Fhadly Mahmud (BN), Zolkarnain Abidin (PH) dan Auzaie Fadzlan Shahidi (Pejuang).

Pada PRU-14, Hamzah menang Parlimen Larut atas tiket BN dengan majoriti 4,486 undi menewaskan calon PAS, Abu Husin Mohamad dan calon PKR, Khairil Anuar.

Kemudian pada 2019, beliau keluar UMNO dan menyertai Bersatu.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Popular
Calon PKR Sg Buloh yang juga bekas bendahari agung MIC pernah ada kes mahkamah
November 3, 2022
Apa khabar vending machine? Fadhli sindir Rafizi
August 25, 2023
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok