Tular langgar SOP, polis panggil Awie

May 9, 2021 · Isu semasa

Polis akan memanggil penyanyi rock terkenal, Datuk Awie bagi membantu siasatan berhubung satu klip video yang tular dalam laman sosial sejak semalam berhubung pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) di sebuah hotel, di Melaka.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Melaka, Asisten Komisioner Mohd. Sukri Kaman berkata, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman akan dipanggil dalam masa terdekat selepas pihaknya menerima satu laporan mengenai klip itu pada pukul 12.43 pagi tadi.

“Video tersebut mamaparkan seorang selebriti iaitu Datuk Awie dan beberapa individu lain dipercayai melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) semasa menghadiri satu majlis misi kemanusiaan di sebuah hotel di Jalan Hang Tuan, Melaka.

“Pihak JSJ Melaka telah menjalankan siasatan di bawah Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Peraturan 18, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Kawalan Pergerakan Pemulihan), No. 3, 2021,” katanya petik laporan Utusan Malaysia.

Terdahulu tular sebuah klip video berdurasi 42 saat yang memapar Awie dengan segerombolan orang bernyanyi bersama tanpa memakai pelitup muka dan tiada penjarakan fizikal.

Menurut Mohd. Sukri, kesemua yang terlibat dalam kes tersebut termasuk penganjur turut dipanggil ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah untuk diambil keterangan.

“Siasatan dilengkapkan dengan kadar segera dan dirujuk ke Pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri Melaka untuk sebarang keputusan.

“Polis memohon agar individu-individu yang terlibat atau mempunyai maklumat hadir bagi membantu siasatan,” katanya.

Sebelum ini, seorang lagi selebiti terkenal iaitu Noor Neelofa Mohd Noor dipanggil polis serta dikenakan denda kerana melanggar prosedur standard operasi (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Selain melanggar SOP ketika majlis pernikahannya dengan Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz pada 27 Mac lalu, Neelofa juga berkunjung ke Pulau Langkawi bersama suaminya, konon atas alasan kerja.

Terbaharu, Neelofa dipanggil polis kerana didakwa melanggar SOP rentas negeri apabila keluar membeli karpet di Nilai.

Berita berkaitan
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024· Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024· Isu semasa
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023· Isu semasa
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023· Politik
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Majlis Hari Raya dengan tarian separuh bogel, polis tahan instafamous
May 30, 2022
Menteri bidas tindakan bekas pemain badminton negara keluar kata-kata perkauman
February 13, 2023
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
7 jam lalu · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok