PRU-15: Amanah Tak faham kenapa PKR kuat menolak tidak mahu jumpa Dr Mahathir

October 23, 2022 · Politik

Parti Amanah tidak faham dengan sikap pemimpin PKR yang berkeras menolak untuk berjumpa dengan Pengerusi Pejuang, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pengarah Komunikasinya, Khalid Samad berkata sepatutnya Pakatan Harapan (PH) perlu terbuka untuk bekerjasama dengan parti pembangkang yang lain, bagaimanapun nampaknya terdapat segelintir dalam PKR yang begitu degil tidak mahu berbincang dengan bekas Perdana Menteri itu.

“Seperti yang kita tahu, Pengerusi Pejuang, Tun Dr Mahathir Mohamad telah mohon untuk bertemu PH, tapi malangnya, pimpinan PH memutuskan untuk tidak meneruskannya. Apa yang saya tak faham, terdapat penolakan yang kuat terutama dari PKR.

“Amanah sentiasa berpendirian bahawa pembangkang perlu bersatu supaya kita dapat memaksimumkan kerjasama dengan semua parti pembangkang,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia.

Khalid terdahulu menghadiri mesyuarat jawatankuasa PH berhubung peruntukan kerusi bersama PSM dan Muda hari ini.

Baru-baru ini, Dr Mahathir mengeluarkan kenyataan terbuka sedia berjumpa dengan Anwar walaupun akan dikata ‘menjilat ludah’ sendiri tetapi yang penting adalah menyekat daripada UMNO dan Barisan Nasional (BN) kembali berkuasa.

Namun, Anwar dilaporkan terlalu sibuk untuk berjumpa dengan rakyat buat masa ini dan tidak ada keperluan untuk berjumpa buat masa ini.

Menurut Khalid lagi, mana-mana parti pembangkang yang mendapat sokongan rakyat seharusnya tidak diketepikan.

“Tetapi saya rasa pendirian Amanah tidak diterima atas apa jua alasan. Cadangan dan permintaan Pejuang untuk berjumpa telah ditolak,” katanya. – UTUSAN

Berita berkaitan
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Barang bernilai rendah diimport kena cukai jualan 10 peratus mulai 1 Jan 2024
December 16, 2023· Isu semasa
Projek HSR: Saman terhadap empat tokoh politik dibatalkan mahkamah
December 15, 2023· Isu semasa
Johari Ghani dilantik Menteri Perladangan dan Komoditi
December 12, 2023· Isu semasa
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Calon PKR Sg Buloh yang juga bekas bendahari agung MIC pernah ada kes mahkamah
November 3, 2022
Ibu, suami dan anak temani Mas Ermieyati sebelum ke pusat penamaan calon
November 8, 2021
Kempen ‘Jangan Undi Zahid’ dilancar, kumpulan dakwa Zahid punca negara tak stabil
November 14, 2022
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok