Tak boleh rentas negeri, daerah mulai Isnin kecuali dengan izin polis

May 8, 2021 · Isu semasa

Kerajaan menguatkuasakan larangan rentas negeri dan daerah di seluruh negara, kecuali dengan kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM), mulai Isnin ini hingga 6 Jun.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan juga tidak membenarkan semua aktiviti rasmi, sosial dan bersemuka sama ada membabitkan kerajaan atau swasta.

“Semua aktiviti sosial, pendidikan dan aktiviti ekonomi yang boleh menyebabkan perhimpunan atau kesesakan awam juga adalah dilarang.

“Bagaimanapun, keputusan ini akan disemak semula selepas dua minggu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, aktiviti sukan dan rekreasi individu dan tidak bersentuhan fizikal dengan mematuhi penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1.5 meter di kawasan terbuka di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dibenarkan bagi tujuan kesihatan.

Malaysia hari ini terus merekodkan kes harian Covid-19 melebihi 4,000 dengan mencatatkan 4,519 kes baharu dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan kes kumulatif Covid-19 di dalam negara kini berjumlah 436,944 kes.

Sebanyak 16 kluster baharu juga dikenal pasti hari ini membabitkan lapan kluster tempat kerja, enam kluster komuniti, serta masing-masing satu kluster keagamaan dan institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah berkata, varian baharu Covid-19 dikenal pasti menjadi antara punca lebih ramai golongan muda dijangkiti wabak itu dengan gejala yang dialami lebih teruk sehingga menyebabkan kemasukan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).

Beliau berkata, sejak awal tahun ini hingga semalam, jangkitan Covid-19 tertinggi membabitkan mereka yang berusia lingkungan 20 hingga 29 tahun iaitu 1,531 kes manakala bagi 30 hingga 39 tahun pula sebanyak 1,452 kes.

“Ini adalah usia bekerja. Pakar-Pakar di Hospital Sungai Buloh mengesahkan jangkitan varian baharu adalah dari usia muda yang menyaksikan ada kes yang tidak terkesan dengan rawatan yang diberikan contohnya guna steroid juga tidak berkesan,” katanya hari ini.

Beliau berkata setakat ini, KKM mengesan 56 kes varian yang membimbangkan (VOC) dan tiga kes varian yang perlu mendapat perhatian (VOI) di negara ini.

Daripada jumlah itu, 48 kes adalah daripada varian Afrika Selatan (B.1.351), lapan kes daripada varian United Kingdom (B.117), dua kes daripada varian Nigeria (B.1.525) dan satu kes varian India (B.1.617.1).

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Popular
Selepas 4 bulan jadi ADC PM, Ezanee mohon kembali bertugas bersama pasukan
April 18, 2022
OPR naik lagi, MP kerajaan tuntut Anwar, Rafizi beri penjelasan
May 6, 2023
Tiga bersaudara lemas berkelah di Sungai Lata Changkah di Setiu
June 11, 2022
Dua anggota tentera maut dihempap pokok ketika operasi di Gerik
July 11, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok