KPM terima semua pandangan, pendidikan tak boleh dipolitikkan: Radzi

October 18, 2022 · Isu semasa

Pandangan semua pihak bagi tujuan penambahbaikan sistem pendidikan dialu-alukan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), kata Datuk Dr. Radzi Jidin.

Menteri Pendidikan itu berkata pelbagai pandangan sudah diterima pihak kementerian bagi meningkatkan mutu serta kualiti pendidikan negara, bagaimanapun apabila tiba musim pilihan raya ia sudah menjadi lumrah apabila pihak tertentu mengambil peluang untuk mencari kelemahan hanya semata-mata untuk tujuan kepentingan sendiri.

“Kita menerima pandangan semua pihak berkaitan dengan silibus ini kerana kita sedang membina silbus baru untuk digunakan pada masa yang akan datang.

“Jadi kita ambil kira macam-macam pandangan yang diberikan. Kita ambil kira pendekatan atau pandangan yang diutarakan tersebut, apa yang paling penting kita perlu fahami bahawa ini merupakan satu proses penambahbaikan.

“Jadi saya nak kata di sini kerana di luar sana sekarang ini ahli politik bila musim pilihan raya dia tak ada kerja lain. Kerjanya nampak politik sahaja termasuklah mempolitikkan pendidikan dalam konteks silibus,” katanya semasa majlis Pelancaran Inisiatf Reading Progress pagi ini di Shah Alam.

Tegasnya, silibus sedia ada digunakan sejak 2017 yang tidak boleh ditukar selagi belum habis kitaran tersebut, bagaimanapun malangnya ia dipolitikkan pula tanpa mengambilkira fakta sebenar.

“Saya di sini mempertahankan apa yang ada yang telah dibina kerana benda (silibus) itu dibina telah siap pada tempoh yang sebelum ini untuk tempoh sekian lama.

“Kalau nak berpolitik mudah, kalau silibus mula digunakan pada tahun 2017 maknanya apa? Zaman BN (Barisan Nasional) pakai itu (silibus), zaman PH (Pakatan Harapan) pakai itu.

“Tapi saya tak politikkan kerana pendidikan ini perlu dijauhkan daripada politik. Saya tak pernah sentuh politik dalam bidang pendidikan,” ujarnya lagi.

Jelasnya lagi, semua pihak digesa ikhlas dalam meningkatkan mutu pendidikan negara dan tidak mengambil kesempatan terhadap perkara yang hanya dilihat pada satu sudut sahaja.

“Sebab itu saya kata apa yang paling penting dalam pendidikan, kita bekerja daripada hati kita. Pendidikan ini memerlukan satu keikhlasan, pendidikan ini memerlukan satu kejujuran.

“Apa yang paling penting kita perlu bekerjasama pastikan bahawa kita buat yang terbaik,” gesanya lagi.

Terdahulu tular dalam media sosial, seorang guru mendakwa akan dikenakan tindakan dibuang kerja atau diturunkan pangkat, kerana menyuarakan pandangan mengenai silibus pembelajaran yang menurutnya terlalu tinggi dan tidak sesuai.

Beliau dalam hantaran Facebooknya menyatakan, bilangan murid di dalam kelas terlalu ramai selain subjek pembelajaran yang banyak serta isu beg berat yang katanya boleh memudaratkan kesihatan murid.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Bekas Menteri Agama tuntut penjelasan kerajaan tarik balik rayuan kalimah Allah
May 16, 2023
Penjawat awam kena pisahkan media sosial untuk tugas, peribadi
September 22, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok