Pembangkang jangan letak calon jika takut banjir, kata UMNO Pulau Pinang

October 16, 2022 · Politik

UMNO Pulau Pinang membidas parti pembangkang supaya tidak meletak calon bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) jika mereka bimbang risiko banjir yang bakal melanda.

Ketua UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir membidas pembangkang yang memberi alasan banjir untuk menolak PRU-15 diadakan tetapi masih juga meletak calon bertanding, sepatutnya mereka menumpukan kepada usaha membantu rakyat susah.

“Jika mereka benar-benar tak ingin rakyat susah, maka jangan letakkan calon dalam pilihan raya peringkat Parlimen.

“Mereka bercakap seolah-olah mereka bantu rakyat, tetapi mereka bebankan rakyat kerana terpaksa undi dua kali,” katanya dipetik laporan Malaysiakini.

Musa mengkritik keputusan kerajaan negeri dikuasa Pakatan Harapan yang tidak mahu membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi mengadakan pilihan raya serentak nanti.

“Ketua Menteri Pulau Pinang nak bubar DUN. Saya tak boleh kata dia penakut, tetapi kepimpinan partinya tak mahu bubar DUN,” katanya lagi.

Semalam, mesyuarat Majlis Presiden PH mengekalkan keputusan untuk tidak membubarkan DUN di Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata partinya akur dengan keputusan itu, walaupun ia adalah keputusan yang sukar dan terpaksa mengecewakan DAP Pulau Pinang.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024· Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Popular
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Itu bukan pandangan DAP, kata Anwar ulas kenyataan kontroversi Ramasamy
February 11, 2023
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok