Kenaikkan harga minyak sawit mentah (MSM) melepasi paras harga RM2,500 satu tan dijangka akan melonjak keuntungan luar biasa kepada peladang dan juga hasil kerajaan, kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Khairuddin Aman Razali.
Khairuddin berkata kejayaan ini merupakan satu perkembangan positif walaupun negara berdepan masalah kekurangan hasil berikutan pandemik COVID-19, menurutnya kerajaan dijangka memperoleh cukai keuntungan luar biasa mencecah RM295 juta.
“Walaupun kita tidak menjangka harga MSM boleh bertahan pada harga RM4,000 satu tan, kita menjangka ia akan kekal pada purata antara RM3,500 dan RM3,800 satu tan berdasarkan corak peningkatan pada Mac, April dan Mei.
“Jika ia berterusan, kerajaan akan memperoleh hasil yang lebih besar yang akhirnya akan dipulangkan kepada rakyat,” katanya lapor Bernama.
Katanya lagi, dianggarkan menganggarkan kerajaan akan memperoleh cukai keuntungan luar biasa yang lebih besar untuk tempoh tiga bulan berikutnya jika harga MSM semasa yang melebihi RM4,000 satu tan kekal dalam tempoh tersebut.
Katanya harga MSM yang melonjak kepada paras tertinggi dalam sejarah industri sawit Malaysia iaitu RM4,652 satu tan pada 6 Mei lepas telah memberi kelegaan kepada kira-kira 121,000 peneroka dan 300,000 pekebun kecil di seluruh negara.