Kerajaan, PM, SPR mohon batal saman pemula Charles Santiago

October 14, 2022 · Isu semasa Politik

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memfailkan permohonan bagi membatalkan saman pemula yang difailkan penyandang Parlimen Klang, Charles Santiago.

Memetik laporan Berita Harian, permohonan itu difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi hari ini.

Ketiga-tiga defendan turut memohon supaya prosiding tindakan undang-undang itu digantung sehingga permohonan pembatalan diputuskan Mahkamah Tinggi.

Alasan permohonan pembatalan saman pemula itu adalah bahawa ia tidak mendedahkan kausa tindakan, mahu pun kausa tindakan yang munasabah ke atas mereka.

Ia adalah kerana kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam membuat pengisytiharan pembubaran Parlimen ke-14 mengikut Perkara 55(2) dan Perkara 40(2)(b) Perlembagaan Persekutuan tidak boleh diadili (non justiciable) dan tidak boleh dipertikaikan di mahkamah.

Charles memfailkan saman pemula pada 12 Oktober lalu terhadap Ismail Sabri, Kerajaan Malaysia dan SPR susulan pembubaran Parlimen ke-14 yang dibuat.

Charles memohon perintah mahkamah untuk menghentikan Pilihan Raya Umum Ke-15 daripada diadakan tahun ini walaupun Parlimen telah dibubarkan.

 

Berita berkaitan
Tarikh penting PRK Kemaman akan dibincang dalam mesyuarat SPR pada 17 Okt
October 11, 2023· Isu semasa
Ismail Sabri pertikai akta baharu 3R, dibimbangi ikat kebebasan bersuara
August 5, 2023· Isu semasa
Ismail Sabri balas Mat Maslan, buat unjuran tanpa fakta semasa PRU-15
June 10, 2023· Politik
Dr M sedia bekerjasama dengan Muhyiddin tapi tidak dengan Anwar
June 1, 2023· Politik
Popular
Benarkah rakyat Malaysia memilih kerja?
February 17, 2022
Azam Baki sahkan Rohana sudah pulangkan AS$10 juta
March 24, 2023
Kes Adib: 17 lelaki terlibat dalam rusuhan kuil dibebaskan
June 27, 2023
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Lagi Isu semasa Politik terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok