17 mangsa banjir di Johor Bahru dipindahkan ke PPS

October 12, 2022 · Isu semasa

Hujan lebat semalam mengakibatkan beberapa kediaman penduduk di Johor Bahru dinaiki air dan dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Menurut laporan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Johor, seramai 17 mangsa daripada tiga keluarga dipindahkan ke PPS selepas rumah mereka dinaiki air susulan hujan lebat yang berlaku semalam.

Menurut kenyataan tersebut, kesemua mangsa dari Kampung Paya Kenangan itu dipindahkan ke PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Mutiara, kira-kira pukul 11 malam.

“Banjir kilat itu berlaku disebabkan hujan lebat yang turun melebihi dua jam bermula pukul 7 malam semalam, menyebabkan beberapa buah rumah dinaiki air.

“Pemantauan sehingga kini masih dilakukan antaranya melibatkan pejabat daerah, APM, bomba, polis, tentera, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pihak berkuasa tempatan (PBT),” jelas kenyataan itu.

Mengikut laporan Jabatan Meteorologi Malaysia, beberapa kawasan di negeri ini dijangka akan berlaku hujan beserta ribut petir khususnya di kawasan Johor timur.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
7 jam lalu· Isu semasa
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Luluh hati Chef Wan anak kahwin di Siam
April 10, 2021
Majlis Hari Raya dengan tarian separuh bogel, polis tahan instafamous
May 30, 2022
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok