Andai bubar esok pun kita sudah bersedia, kata Hishammuddin

October 5, 2022 · Politik

Barisan Nasional (BN) sedia menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) jika diadakan pada masa terdekat ini, malah andai dibubarkan esok sudah bersedia.

Bendahari Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata persediaan sudah mencukupi seandainya Parlimen dibubarkan esok pun dan mengesahkan akan kekal mempertahankan kerusinya di Sembrong.

“Insya-Allah saya akan bertanding di Sembrong, dan bagi kepimpinan Kementerian Pertahanan serta Angkatan Tentera Malaysia, seandainya Parlimen dibubarkan pada esok pun kita sudah bersedia,” katanya yang juga Menteri Pertahanan dipetik laporan Utusan Malaysia.

Hishammuddinj uga menafikan wujud perselisihan antara Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi seperti yang didakwa setengah pihak.

“Siapa sahaja yang bakal dicalonkan oleh parti nanti, mereka perlu bekerja bersungguh-sungguh untuk memastikan kemenangan berpihak kepada BN,” katanya lagi.

Semalam satu perjumpaan tertutup UMNO diadakan di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Ia melibatkan 764 pemimpin sayap 191 bahagian yang terdiri daripada Ketua UMNO Bahagian, Ketua Wanita UMNO, Ketua Pemuda UMNO dan Ketua Puteri UMNO.

Spekulasi bertiup kuat mengatakan Ismail Sabri dijangka membubarkan Parlimen pada Jumaat ini sekaligus akan memberi laluan kepada PRU-15 diadakan.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Konspirasi Zahid-Anwar sejak 1998, rancang gulingkan Dr M dan kini mahu singkir Muhyiddin
August 9, 2021
Tak wajar rundingan sulit Zahid-Anwar jika benar berlaku: Shahidan
October 17, 2022
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok