Najib mohon semakan kehakiman setelah dilarang hadir Parlimen

October 5, 2022 · Isu semasa

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang sedang menjalani hukuman 12 tahun penjara hari ini (5 Oktober 2022) memfailkan permohonan bagi memulakan semakan kehakiman untuk mencabar keputusan Jabatan Penjara tidak membenarkannya menghadiri persidangan Dewan Rakyat mulai Isnin lalu.

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan membuat permohonan itu melalui peguamnya di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi hari ini pada jam 1 tengah hari tadi.

Peguam, Muhammad Farhan Muhammad Shafee, yang mengesahkan langkah itu ketika dihubungi media, berkata Najib memohon dua perisytiharan dalam permohonan berkenaan iaitu diberikan kebenaran akses kepada pegawai parlimennya bagi menjalankan fungsi beliau sebagai ahli Parlimen.

“Permohonan kebenaran itu juga bagi perisytiharan beliau dibenarkan menghadiri persidangan Dewan Rakyat,” katanya melalui aplikasi Whatsapp, menurut laporan BH.

Isnin lalu, peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, dalam sidang media, berkata Jabatan Penjara menolak permohonan Najib untuk hadir pada persidangan Dewan Rakyat atas alasan faktor keselamatan.

Peguam itu berkata, Jabatan Penjara menolak permohonan anak guamnya yang dibuat pada 19 September lalu kepada Ketua Pengarah Jabatan Penjara.

Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos 2022 lalu menolak rayuan akhir Najib untuk membatalkan sabitan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, setelah didapati bersalah terhadap tujuh pertuduhan membabitkan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd (BHD).

Panel lima hakim kanan yang bersidang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat, membuat keputusan sebulat suara menolak rayuan yang difailkan Najib, setelah Mahkamah Rayuan pada 8 Disember 2021 menolak rayuannya.

Empat lagi hakim yang turut bersidang ialah Ketua Hakim Sabah dan Sarawak Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim, serta hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Nallini Pathmanathan; Datuk Mary Lim Thiam Suan; dan Datuk Mohamad Zabidin Mohd.

Bekas Presiden UMNO itu kini dipenjara di Penjara Kajang.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Popular
Dua anggota tentera maut dihempap pokok ketika operasi di Gerik
July 11, 2022
RUU rokok: Bung nak buka rahsia KJ
June 7, 2023
Gejala sugar baby, baby boy kian meningkat
August 1, 2021
KDN komited selesaikan isu sejuta penduduk tanpa dokumen di Sabah
October 2, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok