Bukan saya tentukan calon bertanding di Arau, kata Shahidan

October 3, 2022 · Politik

Satu sahaja nama bagi calon Parlimen Arau yang dihantar kepada UMNO Pusat untuk dipertimbangkan, iaitu penyandangnya Datuk Seri Shahidan Kassim.

Keputusan meletak satu sahaja nama tersebut diputuskan Jawatankuasa UMNO Bahagian Arau tersebut dan bukan ditentukan oleh dirinya, kata Shahidan yang menyerah kepada Majlis Tertinggi untuk membuat keputusan berhubung isu calon yang akan bertanding pada pilihan raya umum ke-15 (PRU-15).

“Bukan saya tentukan, pilihan jawatan kuasa bahagian. Kalau ada pilihan lain (calon Parlimen Arau) boleh kemukakan. Tengoklah apa yang diputuskan Majlis Tertinggi parti,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia.

Jelasnya, UMNO Bahagian Arau sudah menghantar senarai nama calon tersebut di peringkat UMNO pusat dan perhubungan negeri.

Shahidan sebelum ini dilaporkan berkata, Parlimen tersebut merupakan kawasan menang yang tidak perlu direbutkan.

Katanya, beliau cukup bersemangat dalam menghadapi PRU-15 dan yakin mendapat kemenangan cemerlang di kawasan tersebut.

Untuk rekod, Shahidan yang cukup sinonim di kawasan Parlimen Arau menguasai Parlimen tersebut pada pilihan raya 1986, 1990, 2013 dan 2018.

Mengulas lanjut, Shahidan berkata, di setiap kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Arau pula, terdapat beberapa nama dicadangkan untuk diserahkan kepada UMNO pusat.

“Calon yang diketengahkan itu adalah yang mampu menang memandangkan pilihan raya kali dilihat sangat mencabar,” katanya.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024· Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Popular
2/3 kerusi ketua cabang di Selangor dikuasai #KitaSemuaKEADILAN
May 29, 2022
Naik sedikit gaji penjawat awam pada Oktober, kata PMX
August 11, 2023
Gelombang sokongan rakyat terhadap PN luar biasa
November 16, 2022
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok