Berita merosakkan sudah sampai ke tahap boleh kena hudud, takzir

May 7, 2021 · Isu semasa

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata hukum hudud dan takzir boleh digunakan bagi menangani penyebaran berita dan maklumat negatif yang bohong, salah dan memfitnah.

Katanya, aliran liberal yang bergerak atas nama hak kebebasan media yang dihayati oleh masyarakat Barat tidak boleh dibiarkan menjadi makhluk perosak dalam masyarakat Malaysia yang masih mempunyai sifat agama.

“Golongan tersebut mula menunjukkan keberanian dengan menghentam pihak agama dan para ilmuwan. Mana-mana pandangan yang kuat dan lemah, dan salah dalam skop ilmu agama diberikan kelebihan. Mereka yang bukan daripada lapangan ilmu agama menjadi makhluk perosak pada akhir zaman.

“Peranan media sosial dalam menyebarkan kerosakan tersebut sudah mencapai tahap kemungkaran besar, suatu perkara yang wajib dicegah dengan dikenakan tindakan undang-undang dan hukuman yang keras.

“Sehingga ada situasi yang sampai ke peringkat boleh dijatuhkan hudud dan sekurang-kurangnya dijatuhkan hukuman takzir, khususnya kini menjadi masalah dalam situasi darurat akibat penularan wabak di seluruh pelosok dunia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hudud dari sudut istilah bermaksud hukuman yang tidak boleh dipinda yang ditetapkan oleh Allah dalam al-Quran dan Sunnah. Hudud dianggap sebagai hak Allah, dan hukumannya tidak boleh diubah, dipinda, ditambah atau dikurangkan oleh badan perundangan, pemerintah atau hakim.

Sementara takzir pula adalah hukuman yang tertakluk kepada budi bicara pemerintah, badan perundangan atau hakim kerana hukuman bagi kesalahan ini tidak disebut di dalam al-Quran atau Sunnah.

Skop kesalahan ta’zir adalah luas kerana semua bentuk kesalahan yang tidak tertakluk kepada hukuman qisas dan hukuman hudud adalah tertakluk kepada hukuman ta’zir. Bentuk hukuman adalah berbagai-bagai dan tertakluk kepada budi bicara pemerintah, badan perundangan atau hakim.

Hadi yang juga Duta Khas YAB Perdana Menteri ke Timur Tengah itu turut mendakwa polemik perang siber di Malaysia sekarang ini sudah semakin melampau, sehingga ada campur tangan dalam dan luar negara menerusi bantuan ejen dan suntikan dana.

“Tindakan menyebarkan berita dan maklumat yang negatif boleh berlaku bukan sahaja dalam perkara yang bohong, salah dan nyata fitnahnya, bahkan boleh juga berlaku pada berita yang benar dan betul, apabila salah pendekatan dan caranya.

“Kita berada pada zaman kemunculan media sosial terkini dengan tersebarnya fahaman liberal yang tidak beragama atau tidak mempedulikan agama dan moral,” katanya.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Kes saman fitnah: Ramasamy sudah bayar Zakir RM1.52 juta
December 1, 2023· Politik
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023· Politik
Fitnah dana judi, MP Pasir Mas kata ingatkan sudah selesai siasatan
November 10, 2023· Politik
Popular
Sultan Kedah bangga, puas hati pentadbiran Muhammad Sanusi
March 12, 2023
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024
Penyakit berjangkit sedang ancam manusia!
August 25, 2022
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok