Tiga syarat kepada PAS jika mahu teruskan kerjasama, kata Zahid

October 2, 2022 · Politik

UMNO meletakkan tiga syarat kepada PAS dalam memperkukuh kerjasama rasmi antara dua parti itu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), menurut laporan Awani hari ini.

Tiga syarat berkenaan ialah:

  • PAS perlu keluar daripada gabungan Perikatan Nasional (PN);
  • Memutuskan hubungan politik dengan Bersatu; dan
  • Mengisytiharkan secara rasmi ‘mufaraqah’ berkenaan dan bukan hanya sekadar retorik politik.

Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dipetik sebagai berkata, syarat itu telah disampaikan kepada Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam pertemuan baru-baru ini.

“Saya yakin apabila Pas telah mengambil tindakan untuk mengadakan perbincangan khususnya antara Presiden Pas dan saya.

“Mereka (Pas) mengetahui syarat-syarat itu dan kalau mereka memenuhinya, baru perundingan (lanjut) boleh dilakukan,” katanya dipetik sebagai berkat demikian ketika ditemui selepas Majlis Penutup Boot Camp Barisan Nasional (BN) Comms di Kem Pertama Resort, Ayer Paabas, di Alor Gajah, Melaka, hari ini (2 Oktober 2022).

Mengulas lanjut beliau berkata, bagaimanapun tidak ada sebarang perbincangan rasmi dan pihaknya menunggu keputusan rasmi PAS berhubung kerjasama itu.

“Tentunya kita tidak mahu peristiwa-peristiwa sebelum ini berlaku semula dan tidak ada sebarang perbincangan secara terperinci diadakan di peringkat kepimpinan.

“Jika ada pun, ia dibuat secara informal yang mana selagi PAS tidak membuat keputusan secara rasmi, selagi itu kita tidak dapat merungkaikan apa juga isu dan perkara yang menjadi perbezaan antara kedua-dua parti,” katanya.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024· Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Popular
Mat Sabu sudah tak tahan dikecam selepas bersama UMNO: Tuan Ibrahim
May 10, 2023
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024
Dulu PH juga kata Azam Baki punca rosak institusi, kata PAS
May 13, 2023
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok