MT UMNO diberitahu Kabinet sudah maklum PRU-15: Ahmad Maslan

October 2, 2022 · Politik

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan menjelaskan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga membuat keputusan supaya Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan tahun ini.

Pada masa sama, beliau membayangkan bahawa isu keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang dikatakan mendahului Jemaah Menteri dalam menentukan pembubaran Parlimen dan mengadakan PRU-15, juga tidak timbul.

Ini kerana menurut beliau, mesyuarat MT pada Jumaat lalu telah diberi gambaran mengenai mesyuarat Jemaah Menteri dalam perkara berkenaan.

Memetik BH hari ini, Ahli Parlimen Pontian itu berkata keputusan mengadakan PRU-15 pada tahun ini juga dibuat Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO yang hadir pada mesyuarat MT Jumaat lalu.

Katanya, UMNO bukan mahu mengambil kuasa mahu pun mendahului Kabinet, namun oleh kerana Perdana Menteri adalah sebahagian pemimpin tertinggi parti, maka ia perlu membuat keputusan bersama.

“Oleh kerana Perdana Menteri daripada UMNO, maka kita nyatakan pendirian berkaitan mengenai PRU-15. Yang akan menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk mendapat perkenan juga adalah Perdana Menteri.

“Atas sebab itu, UMNO perlu buat keputusan yang memandu ke arah PRU-15, bukan parti lain. Kita harap panduan dibuat itu akhirnya berjaya membawa kepada pilihan raya diadakan.

“Apatah lagi Perdana Menteri adalah sebahagian yang buat keputusan itu (PRU-15) kerana beliau hadir dalam Mesyuarat Top Five, Biro Politik dan MT Jumaat lalu.

“Dalam urusan Kabinet itu tentunya sudah diselesaikan. Walaupun saya tiada dalam Kabinet namun MT ada diberi gambaran mesyuarat Kabinet,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Karnival Ayuh Cergas Warga Emas Cemerlang di Dewan Jubli Intan, di Pontian, hari ini.

Semalam, media melaporkan kenyataan Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan bahawa Perdana Menteri perlu berbincang terlebih dahulu dalam Kabinet berhubung pembubaran Parlimen bagi membolehkan PRU15 diadakan.

Beliau dilaporkan berkata Jemaah Menteri boleh memberikan pandangan berhubung perkara itu sebelum Perdana Menteri membawa cadangan itu kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mendapat perkenan.

“Perdana Menteri kena bawa ke Kabinet, biar Kabinet putuskan,” kata Takiyuddin.

Kelmarin, MT UMNO memutuskan mendesak supaya PRU-15 diadakan tahun ini juga, dengan Perdana Menteri turut memberitahu bahawa pilihan raya itu sudah “tidak lama lagi”, tetapi beliau meminta diberi masa untuk menetapkannya.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan pada sidang media setelah mesyuarat MT malam kelmarin (30 September 2022) berkata Ismail Sabri akan menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi memohon perkenan membubarkan Parlimen dan menetapkan tarikh PRU-15.

Sementara itu, dalam kenyataan berasingan, Ahmad berkata MT juga bersetuju 30 peratus calon wanita dalam PRU-15 akan datang.

“Takrifan calon wanita termasuklah Wanita UMNO, Puteri, wanita parti komponen dan calon wanita yang berjawatan dalam bahagian. Ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, sebanyak 25 peratus calon adalah wanita seperti kategori yang dinyatakan.

“Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira kesetiaan, kemampuan dan peranan besar yang dilaksanakan oleh wanita sebagai tulang belakang parti selama ini,” katanya.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
16 jam lalu· Isu semasa
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024· Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Popular
Bersatu tidak dominasi PN, PAS tempelak dakwaan Ismail Sabri
November 16, 2022
Isu dana judi, terang-terang PMX buat fitnah besar terhadap PN: Wan Saiful
May 26, 2023
Sulaiman nafi akan letak jawatan KM Melaka, Rauf hanya memangku
December 26, 2022
MIC kecewa dengan Zahid, Vigneswaran dakwa dianaktirikan
August 2, 2023
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok