UMNO pernah pecat Muhyiddin, takkan tak boleh pecat PM? soal Mukhriz

October 2, 2022 · Politik

Episod sama pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden UMNO sebelum ini boleh berulang lagi terhadap Naib Presidennya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob walaupun memegang jawatan Perdana Menteri.

Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak menolak Ismail Sabri juga berdepan risiko sama bakal dipecat jika tidak mengikut kehendak Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya pilihan raya umum ke-15 diadakan pada tahun ini juga kerana senario sama pernah berlaku sebelum ini.

“(Bekas Perdana Menteri) Najib (Datuk Seri Najib Razak) pernah memecat timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin tanpa melalui mesyuarat (perhimpunan) agung khas UMNO untuk membahas tindakan itu.

“Tentunya Zahid juga boleh memecat seorang naib presiden walaupun beliau memegang jawatan Perdana Menteri,” katanya dipetik laporan BH.

Mukhriz menyifatkan tindakan disiplin yang dibuat baru-baru ini terhadap beberapa pemimpin akar umbi UMNO sebagai amaran kepada Ismail Sabri, ia selepas UMNO mengumumkan pemecatan Datuk Zaharin Mohd Yasin dan penggantungan keahlian Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan Ketua UMNO Bahagian Alor Setar, Datuk Mohd Yusof Ismail.

Mukhriz juga berkata Pejuang mengecam tindakan itu berikutan ia mengheret rakyat dalam proses pilihan raya ketika negara berdepan kemungkinan banjir besar seperti diramalkan pakar meteorologi.

“Alasan UMNO adakan PRU-15 dalam tahun ini juga kononnya untuk mengembalikan hak rakyat, membolehkan mandat sebenar diperoleh dan kerajaan stabil dapat dibentuk hanya satu penipuan.

“Semua pihak tahu ini bagi mengelak lebih ramai pemimpin UMNO dihukum dan dipenjarakan, selain untuk melepaskan Najib dari penjara.

“Mungkin rakyat akan menghukum UMNO pula pada PRU-15,” katanya.

Terdahulu pada Jumaat lepas, Mesyuarat Majlis Tertinggi (MKT) UMNO membuat ketetapan supaya PRU-15 diadakan tahun ini dan Perdana Menteri akan mempersembahkan cadangan tarikh pembubaran Parlimen kepada Yang di-Pertuan Agong, selaras Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Calon PN Padang Serai beri keterangan polis selepas penyokong PH koyak
November 29, 2022
Selangor pun ada masalah air dan sekarang banjir kilat: Noh
June 23, 2023
Zahid masih tak insaf kalah teruk, kini dakwa DAP akur syarat UMNO tetapkan
December 6, 2022
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok