‘Top 5’ UMNO kumpulan oligarki, kata Ahli Parlimen pembangkang

October 1, 2022 · Politik

Seorang pemimpin pembangkang menggelar lima pemimpin tertinggi UMNO – ‘Top 5’ – sebagai oligarki kerana mendesak Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan tahun ini.

Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim berkata lima pemimpin tertinggi UMNO itu tidak mempunyai kuasa undang-undang untuk mendesak Perdana Menteri supaya membubarkan Parlimen bagi membolehkan PRU-15 diadakan dalam keadaan Malaysia diancam musim Monsun Timur Laut yang boleh menyebabkan banjir.

“Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan menegaskan bahawa Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan adalah di mana Yang di-Pertuan Agong mesti bertindak atas nasihat Perdana Menteri.

“Ahli Parlimen Pontian cuba menyembunyikan fakta bahawa Perlembagaan Persekutuan memberi budi bicara kepada Yang di-Pertuan Agong untuk bersetuju atau menolak permintaan Perdana Menteri untuk membubarkan Parlimen di bawah Perkara 40(2)(b),” katanya dalam satu kenyataan hari ini (1 Oktober 2022).

Memetik The Star, Hassan menambah bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan.

Beliau berkata kuasa budi bicara Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 40 (2)(b) akan memastikan Parlimen tidak dibubarkan sesuka hati oleh parti politik yang memerintah.

“Perlembagaan Persekutuan kita memberi jaminan bahawa Malaysia tidak jatuh ke tangan oligarki seperti lima pemimpin teratas UMNO,” tegasnya lagi.

Oligarki ialah sistem politik di mana sekumpulan kecil individu mempunyai kawalan ke atas sesebuah negara atau organisasi.

Hassan berkata UMNO mendesak PRU-15 sebelum mahkamah membuat keputusannya terhadap presiden parti itu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjelang Disember.

‘Top 5’ UMNO merujuk kepada Zahid, Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan dan tiga Naib Presiden – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin; dan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Pada Jumaat (30 September), Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata Ismail Sabri bersedia untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi mempersembahkan beberapa tarikh yang mungkin untuk membubarkan Parlimen.

Beliau menambah ini adalah antara keputusan yang dibuat ketika mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang diadakan di Menara Datuk Onn, semalam.

“Pembubaran Parlimen perlu dilakukan secepat mungkin bagi membolehkan PRU-15 diadakan menjelang tahun ini.

“Berdasarkan keputusan ini, Perdana Menteri akan membentangkan cadangan tarikh pembubaran kepada Agong, selaras dengan Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan,” kata Ahmad.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Guan Eng batal peruntukan UTAR, tapi Perikatan Nasional beri balik
November 18, 2022
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
5 jam lalu · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
22 jam lalu · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok