Ini sebab mengapa UMNO, BN pilih PRU-15 musim tengkujuh, banjir

October 1, 2022 · Politik

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Monsun Timur Laut lazimnya akan bermula pada November dan berakhir pada Mac setiap tahun.

Ketika tempoh ini, negara akan menerima tiupan angin yang konsisten dari arah timur laut di antara 10 hingga 20 kilometer sejam dengan beberapa siri hujan lebat yang menyeluruh juga dijangka berlaku.

Ketika Monsun Timur Laut, selalunya cuaca pada sebelah pagi adalah hujan di Pantai Timur Semenanjung, barat Sarawak dan timur Sabah. Manakala pada sebelah petang pula, ribut petir atau hujan lebat di Pantai Barat dan pedalaman Semenanjung, pedalaman Sarawak serta barat Sabah.

Jika berlaku luruan monsun, hujan lebat berterusan akan berlaku dalam tempoh beberapa hari terutamanya di Pantai Timur Semenanjung, barat Sarawak dan timur Sabah.

Namun, sekiranya berlaku luruan monsun yang kuat bersekali dengan kewujudan sistem cuaca tekanan rendah, hujan berterusan berpotensi berlaku dalam kawasan yang lebih luas sehingga ke negeri-negeri Pantai Barat Semenanjung.

Apa kaitannya jika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU) diadakan pada musim hujan lebat yang boleh menyebabkan banjir?

Pemilih akan berdepan masalah untuk keluar membuang undi jika PRU-15 diadakan ketika musim hujan dan banjir, sekali gus menyebabkan peratusan pengundi yang keluar melaksanakan tanggungjawab mereka, akan rendah.

Peratusan pengundi yang keluar akan memberi kelebihan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang telah lama memiliki ‘pengundi putih’ yang akan menjadi fokus utama parti itu untuk dibawa keluar membuang undi.

Perkara ini diulas lebih lanjut oleh penganalisis politik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali yang menjangkakan UMNO mempunyai kelebihan untuk menang jika PRU-15 diadakan pada akhir Oktober atau awal November.

Memetik kenyataannya kepada BH hari ini, Dr Mazlan berkata atas dasar itu, pembubaran Parlimen boleh dilakukan pada bila-bila masa saja berikutan tempoh akhir Oktober atau awal November disifatkan paling sesuai untuk PRU-15.

Beliau berkata, selain boleh mengelakkan risiko banjir, PRU-15 pada akhir Oktober atau awal November adalah waktu paling sesuai sebelum musim peperiksaan persekolahan tiba.

“Pelaksanaan PRU-15 tahun ini boleh memberi kelebihan kepada UMNO khususnya di kawasan deposit tetap bagi parti itu, selain jangkaan banjir juga boleh membuatkan peratusan keluar mengundi rendah.

“Seperti pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor, peratusan mengundi yang rendah boleh memberikan kelebihan buat UMNO dan BN untuk menang.

“Justeru, Parlimen boleh dibubarkan bila-bila masa kerana selepas tempoh itu, ada 60 hari untuk diadakan PRU-15,” katanya.

Semalam, Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO membuat ketetapan supaya PRU-15 diadakan pada tahun ini yang mana Perdana Menteri akan mempersembahkan cadangan tarikh pembubaran Parlimen kepada Yang di-Pertuan Agong selaras Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan.

Pada masa sama, Mazlan berkata, PRU-15 masih boleh berlangsung sekiranya ramalan banjir berlaku di sesuatu kawasan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai kuasa menangguhkan proses mengundi di lokasi terjejas.

Beliau berkata, jika ia berlaku, kerajaan bagaimanapun perlu menanggung kos tambahan berikutan proses pengundian perlu ditetapkan pada hari lain.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Zahid tiada ciri ketua kerajaan untuk jadi Perdana Menteri
April 13, 2021
Kerajaan Anwar sekat kebebasan bersuara rakyat, BERSIH kecewa janji tak ditunaikan
September 13, 2023
Zahid sahkan Noraini dilantik Pengerusi RISDA baharu
March 26, 2023
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok