MT UMNO setuju bekerjasama dengan PAS hadapi PRU-15

September 30, 2022 · Politik

Semua pemimpin tertinggi UMNO berpendapat bahawa kerjasama dengan PAS perlu diadakan demi kepentingan ummah, kata Ahli Majlis Tertinggi (MT)UMNO Datuk Zahidi Zainul Abidin.

Menurutnya semua ahli MT berharap hubungan itu dapat diteruskan menerusi rundingan yang dibuat oleh Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi serta Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang.

“Jadi, rundingan (UMNO-PAS) akan dibuat oleh Presiden parti dan jawatankuasa yang kita bentuk bagi melihat hasil perbincangan dengan parti berkenaan (PAS),” katanya kepada media selepas mesyuarat MT yang membincangkan mengenai Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), malam tadi.

Bagaimanapun, mesyuarat MT malam ini masih berteka-teki berhubung tarikh PRU-15, sebaliknya bersetuju supaya pilihan raya diadakan tahun ini juga.

Zahidi berkata mesyuarat pada malam ini mencadangkan agar Parlimen dibubarkan pada tahun ini, namun tiada sebarang tarikh yang ditetapkan.

Beliau juga berkata UMNO kini berada berada di pecutan akhir bagi menghadapi PRU-15.

“Kita rasa kita perlu meletakkan gear kita gear 5, presiden nak gear 5, kita bersedia bila-bila masa, kita takut Parlimen akan dibubarkan bila-bila masa,” katanya.

Sementara itu, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata UMNO menyerahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk menetapkan tarikh pembubaran Parlimen bagi membolehkan PRU-15 diadakan.

“Mesyuarat ini adalah mesyuarat bulanan, dan kita berbincang secara mendalam mengenai soal pilihan raya, selain sedang mengukur persediaan serta kekuatan parti.

“Kita mengaku ia (membubarkan Parlimen adalah) budi bicara Perdana Menteri dan UMNO menghormati perkara itu,” katanya.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
3 jam lalu· Isu semasa
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
PAS kekal dalam PN, tiada keputusan terima syarat UMNO
October 8, 2022
Hapus hutang dan sukuk adalah lain, Muhyiddin beritahu kepada PMX yang tak faham
July 9, 2023
Ucapan 3R : PN akan lapor polis terhadap Guan Eng
July 9, 2023
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok