Lucu bila Asyraf Wajdi petik kata-kata bekas pemimpin HINDRAF

September 30, 2022 · Politik

Adalah melucukan apabila Ketua Pemuda UMNO Datuk Asyraf Wajdi Dusuki memetik kata-kata seorang mantan menteri untuk menggambarkan Bersatu ingin sabotaj kerajaan hari ini dengan menolak Belanjawan 2023.

Ketua Armada Bersatu Malaysia, Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata hakikatnya, P Waytha Moorthy tidak pernah menjadi anggota Bersatu, maka tidak seharusnya diambil sebagai pusat rujukan untuk sebarang pendirian oleh parti Bersatu.

“Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) secara tegas menolak sebarang pilihan raya ketika negara sedang bergelut dengan risiko banjir dan kemelesetan ekonomi global seperti yang diberi amaran oleh Bank Dunia dan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF).

“Beberapa Dewan Undangan Negeri di bawah PN juga tidak akan dibubarkan.

“Ini bagi membolehkan persiapan dibuat bagi menghadapi bencana, memastikan ekonomi negara terus berkembang agar rakyat tidak kehilangan pekerjaan dan punca pendapatan. Bagi Bersatu, kepentingan rakyat sentiasa keutamaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Asyraf menyifatkan pihak yang menolak Bajet 2023 seperti menarik sokongan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Asyraf berkata, tindakan ugut-mengugut seperti itu juga mampu memberi persepsi negatif kepada pemain industri serta pelabur dari dalam dan luar negara.

Sebelum ini media melaporkan, bekas Menteri Perpaduan dan Kesejahteraan Sosial, P Waytha Moorthy mendakwa parti teras PN iaitu Bersatu mungkin tidak menyokong Bajet 2023 ekoran pertembungan Ismail Sabri dengan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang kemudiannya kenyataan itu dipetik Asyraf.

Namun, Wan Ahmad Fayhsal berkata sebenarnya, pihak yang bersungguh-sungguh mahu pilihan raya diadakan awal ialah Asyraf dan bos-bosnya sendiri, bukanlah parti Bersatu atau PN.

“Hanya mereka yang saban hari bercakap soal pilihan raya. Kebajikan dan nyawa rakyat ditolak ketepi, nafsu pemimpin parti diangkat tinggi.

“Jangan cuba heret Bersatu masuk ke dalam politik sempit seperti ini,” katanya. – WartaRakyat

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Popular
Puad Zarkashi pemimpin ‘tua’ panas baran wajar diganti, kata Tun Faisal
December 25, 2022
Dulu dihantui DNA Saiful, kini PMX dihantui DNAA Zahid: Hishammuddin Rais
September 22, 2023
Isham koyak, Annuar tak sebut individu dia pula terasa pedas
April 25, 2022
Mat Sabu sudah tak tahan dikecam selepas bersama UMNO: Tuan Ibrahim
May 10, 2023
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok